Cuti Haji Pekerja Sektor Swasta

Assalamualaikum.

Ikhtiar Rezeki
Tahun 2012 sudah masuk Bulan yang kesembilan manakala bulan syawal juga sudah melewati setengah bulan. Ini bermakna bakal - bakal haji sudah mula membuat kenduri doa selamat dan membuat persiapan untuk ke Tanah Suci. Alhamdulilah bagi jemaah - jemaah yang terpilih Aku ucapkan semoga mendapat haji yang mabrur disana. Sebenarnya topik yang aku ingin ketengahkan adalah berkaitan dengan Cuti Haji bagi pekerja swasta. aku cubalah tanya lebai google tentang permasalah ini tapi rasa agak hampa kerna tidak banyak artikel yang menjelaskan permasalahan ini.

salah satu artikel aku dapat dari myMetro  Global

Pekerja swasta berhak dapat cuti bergaji tunai haji
       
JEDDAH: Kakitangan sektor swasta berhak mendapat cuti bergaji selama 10 hingga 15 hari untuk menunaikan haji sekali dalam tempoh perkhidmatan, kata jurucakap Kementerian Buruh, semalam.

“Kakitangan layak mendapat cuti bergaji tidak kurang daripada 10 hari dan tidak melebihi 15 hari termasuk cuti AidilAdha untuk menunaikan haji sekali dalam tempoh perkhidmatan sekiranya mereka belum lagi menunaikan ibadah itu, kata Hattab Al-Anazi.


“Ia hak kakitangan selaras dengan Akta 114 Undang-Undang Buruh,” katanya. Beliau juga menambah pekerja perlu berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dengan majikan untuk membolehkan mereka layak mendapat cuti bergaji itu.

Bagaimanapun, Hattab menegaskan majikan berhak menentukan berapa ramai kakitangan yang boleh diberikan cuti haji dalam setahun bergantung kepada bebanan tugasan.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/27

Onlajer: cuma aku terfikir kalau boss - boss yang berfikiran ortodox dan bukan seagama kita mahukah meraka membayar gaji free selama 15hari?  Dan aku rasa undang2 buruh itu kurang menyebelahi kaum-kaum kuli, ataupun Boss-Boss kita yang tak buat -  buat tak reti.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin 3 September 2012 at 09:27
setuju bila yg sepatut nyer pegi wajib dapat cuti..
Qashmere Qashmere 3 September 2012 at 09:53
Setuju sangat...kalau dapat cuti haji untuk semua pekerja. Sekurang-kurangya ibadah dapat, gaji pon ada lepas balik menunaikan haji.
baguznet baguznet 3 September 2012 at 11:05
bila undang-undang tidak berteraskan agama Islam, itu yg banyak jadi masalah... usah kata buat Haji, ada kes, nak g Solat Jumaat pun payah. Dalam akta buruh rasanya takde tulis majikan wajib bagi pelepasan untuk g solat Jumaat. Kalau skrg dah ada Alhamdulillah...
Admin Admin 3 September 2012 at 12:17
hok ni setuju sgt, sbb ramai member pergi haji sebulan x dpt gaji kesian sepatutnya itu yg diutamakan. Bukan kata majikan bukan islam. Jabatan Agama, Jakim pun cam ni jugak...
Unknown Unknown 3 September 2012 at 12:31
bagus lah tu... pergi menunaikan yang rukun bukan pergi holiday
Encik Anif Encik Anif 3 September 2012 at 13:31
Pekerja seharus mendapat hak mereka selaras dengan undang-undang yang sedia ada. Harap mana yang tidak jelas cepat-cepat buat tindakan susulan.
pipoq pipoq 3 September 2012 at 13:49
pergi haji dapat gaji ?

memang sepatutnya begitu la..sebab itu kan hak mereka..bos2 walaupun yang bukan beragama Islam kena tahu kewajipan umat Islam ni..dan pihak berwajib kena buat satu akta panduan untuk bos2 bagi memahamkan diorang pasal bab haji ni..
Denaihati Denaihati 3 September 2012 at 14:36
top management bukan islam memang nak kena fahamkan betul supaya cuti2 bukan cuti yg termasuk dlm cuti tahunan baisa. ada syarikat yg memang benarkan tapi guna cuti tahunan, kurang sesuai rasanya.
Unknown Unknown 3 September 2012 at 19:16
boss2 bukan islam sepatutnya kena prihatin tentang ni..
hafidz hafidz 4 September 2012 at 15:01
buat-buat tak reti dan buat-buat tak faham.
memang kena diberi kemudahan "cuti bergaji bersyarat".
JebengOtai™ JebengOtai™ 5 September 2012 at 00:44
sbb nk untung mungkin mereka xnak faham..
Mak Lagenda Mak Lagenda 5 September 2012 at 10:17
Jgn kata bab haji yg mkn 10-15 hari..semayang jemaat pun ada syarikat yg x bg staffnya kuar semayang kan??

Sepatutnya syarikat swasta kena akur dgn akta ni dan beri pelepasan utk umat islam jalankan tnggungjawapnya
CIKGU NAMAN CIKGU NAMAN 5 September 2012 at 11:56
yang lagi teruk tak boleh solat Jumaat tu

member² yang kena terus berhenti kerja cari company lain

moga isu ini mendapat perhatian sewajarnya
hafizmd hafizmd 5 September 2012 at 13:01
Mereka kenalah bertimbang rasa. Lagipun, bukan orang lain...pekerja mereka juga...hehee
onlajer onlajer 7 September 2012 at 17:58
rasa macam dah ada cuma majikan buat2 dono jer
onlajer onlajer 7 September 2012 at 17:59
pasir gudang banyak juga berlaku
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:00
tapi ya juga la berehat sambil beribadah
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:01
kesatuan pekerja mungkin kurang power
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:02
mungkin kurang diselidik oleh penguatkuasa
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:03
wah memang nampak lagi parah tu
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:03
mereka keluar duit itu yang mereka rasa
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:04
sila cadangkan di parlemen hehe
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:04
err Tuan Haji macam mana pula dulu
onlajer onlajer 7 September 2012 at 18:05
meraka memeng perhatin , tapi takde perlaksanaan
akubiomed akubiomed 11 September 2012 at 23:42
Rasanya bahagian pihak sumber manusia syarikat swasta sedar akan arahan ini. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menasihat majikan.
suri suri 12 September 2012 at 06:11
tak semua majikan bgtu wak huhu.susah2 walaupun kiat duduk d negara sndri
suri suri 12 September 2012 at 06:17
kalau tak setuju susuh juga
onlajer onlajer 12 September 2012 at 12:38
Rasa kalau syarikat yang punya hr atau union itu senang cerita tapi ini jenis dia owner,boss,hr dan sebagainya tak ke haru.
onlajer onlajer 12 September 2012 at 12:39
macam ada lah suri heh, kebanyakan boss2 macam ini bertuhankan duit huhu
onlajer onlajer 12 September 2012 at 12:40
Tak juga, kita pergi berjihad InsyaAllah rezeki itu semua ditanganya.
Myra Jay Myra Jay 26 September 2012 at 09:16
Kalau untuk sektor swasra dan BOS pulak bukan beragama Islam, rasanya susah nak dapat cuti pelepasan..

Biasala kan sektor swasta pentingkan keuntungan :)
wantie wantie 27 September 2012 at 14:13
wah.. bestnyer. kalau dah termasuk dalam akta buruh. company yg bukan islam tak leh la nak ngelattttttttttttttttttttttt.
Ore klate Ore klate 8 August 2017 at 15:42
kalau pergi umrah macammana pulak ye? pekerja swasta.... guna cuti tahunan ke? kira cuti bergaji la kan? confused