Kontes Panduan Blogger - Memperkayakan Ilmu Blog


Alhamdulilah setelah menyemak nama saya telah berada disenarai peserta yang berdaftar untuk kontest panduan blogger. Untuk tidak membuang masa saya teruskan dengan entry 3 soalan dan jawapan mengikut kefahaman saya dibawah ini.

1- Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank? Berikan pendapat mengapa ia penting untuk blog anda.

PR singkatan daripada pagerank. Menurut wikepedia Ia adalah sebuah algoritma yang telah dipatenkan dan berfungsi menentukan status laman web yang mana lebih penting atau popular. PR penting untuk blog saya kerana ia dapat menyakinkan setiap peklawat yang hadir bahawasanya jika blog itu mempunyai PR yang lebih tinggi bermakna blog tersebut sentiasa dilawati dan ramai pengunjung akan datang dan berada lebih lama untuk mencari bahan - bahan yang ada didalam nya. Dengan PR yang tinggi juga dapat menyakinkan pihak pengiklanan untuk meletakkan iklan diblog kita. Sayang sekali selepas beralih ke domain .net PR blog ini telah menjadi 0 semoga pelaburan ini akan membuahkan hasil pada hari PR dikemaskini.

2-SEO atau Search Engine Optimization ialah salah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu tips yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati ciri SEO ini.

Yeah sangat setuju dengan ayat menerima trafik secara organik. Tips yang paling mudah yang pernah saya lakukan dengan meletakan link pada setiap post entry yang terbaru dan setiap image pada entry yang saya buat akan mempunyai tajuk yang sama pada entry yang saya ingin promosikan. Anda juga boleh melakukan teknik blog farming jika anda mempunyai masa dengan membina 2 blog untuk blogspot dan 2 untuk wordpress dan letakan link yang anda ingin popularkan pada kesemua blog anda.

3-Adakah anda fikir penampilan penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia.Berikan pendapat anda penampilan bagaimana sesuai untuk tujuan yang diperkatakan.

Rasanya perlu jika anda ingin mendapat tangapan yang positif daripada pelawat yang hadir. Ini kerana blog yang mempunyai penampilan yang menarik akan membuat pelawat merasakan pemilik blog ini memang serius untuk berblog. Seperti onlajer.net yang berniche elektrik saya memohon pereka grafik saya membuat satu header yang bersesuaian untuk blog ini. Ia satu pelaburan yang baik untuk menarik perhatian pelayar - pelayar sesawang untuk duduk lebih lama untuk mencari bahan - bahan yang boleh digunakan.

Namun jika anda dah terkenal seperti tauke cendol , Dr.Fuh, lelaki ganteng atau lain -lain yang tahap retis. atau buat blog untuk baca sendiri sila abaikan apa yang aku tulis diatas.


4 comments.. read them below or add one

CutiMalaysia CutiMalaysia 1 May 2013 at 07:18
Semoga berjaya.. CutiMalaysia.my ada buat contest gak
hanafi abdullah hanafi abdullah 2 May 2013 at 00:46
kejayaan perlu usaha bukan sedikit..