Rebut Perolehan Kerajaan Pada Hujung Tahun Ini

Kini kita telah memasuki fasa hujung tahun, tahun 2014 tinggal satu setengah bulan dari sekarang.

Jadi, apa yang berlaku dalam setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan?

Pada setiap hujung tahun semua syarikat akan membuat penutupan akaun dan kira-kira bagi mengetahui keuntungan atau kerugian untuk sepanjang tahun dan untuk tujuan pembayaran cukai tahunan. Ia juga berlaku dalam pengurusan kewangan kerajaan. Biasanya pada pertengahan Disember, Kementerian Kewangan akan menutup akaun dan semua pembayaran kepada pihak kontraktor perlu dibayar sebelum tarikh penutupan akaun tersebut.

Pada awal tahun semua kementerian, jabatan dan agensi telah diberikan peruntukan berdasarkan jumlah yang mereka minta pada tahun sebelumnya. Jika prestasi perbelanjaan mereka baik, mereka mungkin akan mendapat jumlah yang mereka minta. Jika prestasi perbelanjaan mereka tidak memuaskan, mungkin peruntukan mereka akan dikurangkan.

Dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan bagi mempelajari selok belok perolehan kerajaan.

Klik sini untuk maklumat lanjut dan tempahan

Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan


.
Di sini anda perlu faham, bagi syarikat biasa tidak berbelanja dan simpan duit yang banyak untuk kegunaan syarikat pada masa akan datang adalah perkara yang baik. Tapi, ini bukan perkara yang baik dalam membelanjakan wang rakyat yang telah diperuntukan. Jabatan yang gagal mencapai KPI untuk menghabiskan perbelanjaan untuk perkara yang telah mereka rancangkan pada tahun sebelumnya akan dikenakan tindakan.

Dalam pengurusan jabatan kerajaan peruntukan yang telah diberikan mesti dihabiskan, jika tidak ia perlu dipulangkan kepada Kementerian Kewangan untuk diberikan kepada jabatan lain yang memerlukan peruntukan tambahan.

Jadi oleh sebab sekarang sudah hujung tahun, maka semua kementerian, jabatan dan agensi biasanya masih mempunyai peruntukan yang masih berbaki dan perlu mereka habiskan. Di sinilah peluang anda sebagai seorang usahawan yang bijak dan berilmu untuk mencuri peluang yang telah sedia terhidang.

Anda hanya perlu pergi ke mana kementerian, jabatan dan agensi dan tanyakan apa yang mereka perlukan. Mereka amat perlukan kontraktor untuk mereka berikan duit yang masih ada kepada kontraktor yang layak. Mereka akan mula "shopping" kerana mahu habiskan peruntukan yang telah diberikan untuk mencapai KPI mereka dan tidak dikenakan tindakan.

Peruntukan yang berjaya dihabiskan dengan berhemah akan menjadikan mereka jabatan yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik dan peruntukan tahun hadapan yang akan diberikan tanpa dipotong dimana-mana bahagian kerana mereka bijak dan pandai menguruskan wang rakyat.

Jadi jika anda mahu merebut peluang ini, inilah masanya! Belajar dan bertindak sekarang.
Dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan bagi mempelajari proses perolehan kerajaan, penggunaan sistem ePerolehan dan bagaimana memenangi sebutharga pertama anda!

ISi disini untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Name:
Email Address: