Maksudnya: Ya Allah,tiada tuhan yang sebenar melaikan Engkau.Engkaulah yang menjadikan aku, Aku adalah hamba-Mu dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. aku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dangan dosa yang dilakukan. Ampunkanlah aku kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku selain Engkau".
(Riwayat al-Bukhari no.6306 dan6323)
KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL
Menurut al-san'ani dalam subul al-Salam,doa ini dinamakan 'sayyid' yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada penciptanya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram : Bab Zikir dan Doa)
Menerusi ungkapan doa ini, muslim akan menyebut seikhlas hatinya pengharapan kepada kasih sayangnya agar diberi keampunan daripada dosa yang dilakukan.Al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar meletakan istigfar ini antara himpunan doa pengharapan yang wajar dibacakan untuk beroleh keampunan.