Assalamualaikum pada sidang pembaca yang yang kekadang aku paksa untuk melawat blog ini, Bulan july ini genaplah setahun onlajer merapu di alam maya ini . Jika di Amerika awal bulan inilah meraka sibuk dengan perayaan independent day yang telah meraka kesah kan dengan alient yang ingin menghancurkan bumi dengan memaparkan kehebatan will smith sebagai juruterbang apa tah dengan seorang pelakon yahudi aku dah lupa namanya yang dapat membaca kod-kod seo angkasa lepas.Walaupun sudah setahun aku berbloging namun jujurnya aku mula aktif pada awal tahun ini dengan post-post nota pendawaian. Ini bermakna aku ni baru setahun jagung ayam.
Artikel - artikel yang diterbitkan di onlajer adalah artikel yang aku hasilkan daripada keadaan sekeliling ku yang aku rapukan untuk menjadikan ia lebih menarik untuk dibaca walaupun selalunya aku gagal untuk menghasilkan kata-kata yang sedap dibaca. rasanya kena berguru dengan cikgu sastera yang berhampiran.
Mungkin pada permulaan aku berbloging adalah untuk melawan pada pihak-pihak yang tertentu. tetapi semangkin aku aktif semangkin aku rasa lebih baik aku menerbitkan benda yang aku suka, artikel atau bahan-bahan yang bermenefaat pada semua dan juga pencerahan awal bidang kejuruteraan elektrik yang banyak dikuasai oleh bangsa asing. (harap dapat lah aku melaksanakanya)
Dan suka sangat aku nyatan tentang artikel yang berkaitan dengan Pencerahan minda dari Hizbut Tahrir Malaysia aku copy dan paste daripada http://www.mykhilafah.com. untuk bahan bacaan rakan-rakan supaya kita sama - sama dapat berbincang dan mendapat kefahaman tentang dunia islam masa kini, dan segala komen para pembaca amatlah dihargai untuk pencerahan bersama. Aku tidak akan mengubah atau meminda apa-apa artikel yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir .mungkin aku hanya memberi sedikit pandangan peribadiku.
Terima kasih untuk rakan - rakan yang sudi melawat,membca dan memberi sedikit ulasan pada blog ini segala teguran yang membina amat lah sangat dihargai maklumlah aku belajar berbloging dari blog-blog anda semua
P/s
sila-sila menghasut aku supaya bertukar domain dan hosting hehehe