Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian


Aksesori pembumian adalah seperti berikut:

i. Elektrod bumi
Jenis elektrod yang digunakan untuk pendawaian rumah ialah rod besi bersalut kuprum (copper jacketed steel core rod).

ii. Konduktor Pengikat Utama (equipotential bonding)
Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian logam terdedah. Saiz minima kabel ialah 10 mm².

iii. Konduktor pelindung
Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian lain pemasangan yang memerlukan pembumian yang saiznya adalah sebagaimana dibawah;
a) Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16 mm².
b) 16mm² jika saiz kabel fasa diantara 16 mm² hingga 35 mm².
c) Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35 mm².

Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem
i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.
ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalam pemasangan pengguna.
T - pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumi sendiri.
T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lain-lain disambung terus
kebumi.



Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan

- Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus)
- sEPERTI salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya;
- Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan
- Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss).

Bahagian - Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan :

- Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang disambung sebagai tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel lampu-lampu nyahcas;

- Klip logam untuk memasang kabel;
- Penutup lampu yang dibuat daripada logam;
- Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat;
- Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya; dan
- Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

Penamatan Di Bumi

Penamatan di bumi adalah seperti di Rajah

Kotak Pembumian (Earth chamber) adalah dari jenis konkrit atau PVC manakala elektrod bumi adalah dari jenis besi bersalut kuprum.

Rintangan Elektrod Bumi
Rintangan elektrod bumi maksimum yang dibenarkan mengikut jenis pepasangan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:


Berkait Dari: 

Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Link minta Di Klik
10 Blogger Terbaik Malaysia







{ 7 comments.. read them below or add one }

pipoq pipoq 21 February 2013 at 19:26
dulu2 masa budak2 selalu jugak tertanya..wayar ape la yang duduk dalam tanah depan rumah tu..
THE AUTHOR THE AUTHOR 21 February 2013 at 19:42
Awak ini memang pakar elektrik ..
suri suri 22 February 2013 at 11:34
salam admin pkbar?
hai rindu teman masa zaman sekolah masuk kelas kemahiran hidup huhu..cikgu2 garang2 belaka
onlajer onlajer 22 February 2013 at 11:35
sama juga dengan saya pipoq wayer pun nak masuk tanah
onlajer onlajer 22 February 2013 at 11:36
sikit - sikit jyang basic je
onlajer onlajer 22 February 2013 at 11:37
baik suri
memang pun cikgu zaman dulu - dulu memang garang , tapi sekarang kalau jumpa dah jadi friend2
aidil aidil 22 July 2018 at 07:44
Chamber to kena ad ke? Ad org tk ada pun