------------------------------
Apakah aktiviti yang ideal untuk anda lakukan bagi meningkatkan awareness pihak jabatan dan agensi kerajaan tentang syarikat anda serta produk/servis baru yang ada sekarang?
Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah membuat pengenalan atau technolgy update kepada pihak jabatan dan agensi kerajaan tentang produk/servis baru yang anda bawa atau lakukan. Ini adalah proses memberi penerangan dan kefahaman kepada pegawai yang mungkin memerlukan produk/servis yang anda cadangkan.
.
Ia juga memberi masa untuk syarikat anda memberikan tempoh proof of concept (POC) kepada jabatan dan agensi yang berminat dan memerlukan produk/servis dari anda. Dalam masa ini juga membolehkan mereka membuat pengujian, penilaian, kertas cadangan dan meminta bajet bagi mendapatkan produk/ servis anda pada tahun hadapan.
.
Inilah cara yang perlu anda ulang untuk setiap jabatan dan agensi kerajaan. Usaha berterusan yang anda lakukan pasti akan berhasil!
Jadi mulakannya sekarang...
.
Untuk anda yang mahu mendalami ilmu Perolehan Kerajaan boleh lah layari - www.perolehankerajaan.com