6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat


6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah SWT. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud :

"Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah RA bermaksud :

"Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut ENAM perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat : -

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan terlalu rendah.

4. Iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah kepada orang lain.




6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat

2 comments.. read them below or add one

Denaihati Denaihati 26 April 2012 at 21:26
mudahan kita xtergolong dalam enam perkara tersebut.
Unknown Unknown 27 April 2012 at 23:26
kadang2..dalam kita dok sembang ramai2.kita x sedar yg kita da termengumpat org lain..sebab tu bahayanya dok berkelompok yg ramai dan berbincang ttg perkara kosong...