Safety Breaker RCD Adaptor


Assalamualikum fikiran aku melayang pada zaman mula-mula nak belajar hidup poket nipis dapur tak ada jadi water heater jenis spring adalah teman setia anda (boleh masak air buat kopi dan meggi) Alat yang perlu ada untuk rumah setiap rumah bujang dan budak - budak hostel. jika kantoi dengan warden hostel wajib kena rampas selama - lamanya. adui mana aku nak korek duit beli lagi ni. (zaman aku kalau nak beli kattle mak oi harga dia melampau lampau).

Mungkin pihak pengurusan menitik berat atas dua perkara satu kebakaran dan yang kedua renjatan elektrik. jadi pasal renjatan itulah yang aku nak cerita tentang satu alat yang dipangil Safety Breaker RCD Adaptor bahasa pasar tempat aku RCD plag. Apa fungsi plag ini? Fungsi RCD plag adalah mematikan arus elektrik apabila berlaku kebocoran arus elektrik kebumi istilah javanya short circuit, ada faham. Jadi alat ini bukan untuk membaling lipas atau cicak yang cuba mengorat anda ya.

Alatan apa dan dimana perlu mengunakan benda ini?. Sebenarnya alatan ini telah dimendatorikan oleh kebanyakan pihak pengurusan industri - industri perkilangan supaya semua alatan tangan seperti drill,grinder,vacuum dan sebagai haruslah melalui RCD plag ini supaya bekalan papan suis meraka tidak terganggu disebabkan berlakunya litar pintar daripada alatan tangan kita. (banyak cengkadak pulaklah kilang ini). Tapi untuk alatan rumah aku syorkan digunakan bersama cerek elektrik dan seterika yang pada pendapat aku kebanyakan kes-kes renjatan berlaku disebabkan kedua-dua alatan ini.

Dan dibawah ini aku copy dan paste kan spec dia

google copy
Type: Non-Latching
Operating Voltage: 230V AC
Current Rating : Fully Complies With BS1363
Rated Trip Current:   30mA
Trip Speed:        BS 7071 – 40ms
Contact Break Double Pole
Continues to Protect: With Lost Neutral & Pulsating
                 DC Earth Fault
Cable Capacity: 3 × 2.5mm²
Conforms To:   BS1363, BS7071
Dimensions (mm): Height 127, Width 60, Depth 70


Onlajer : Tempat aku lebih kurang RM80 tempat korang aku tak tahu.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 31 July 2012 at 15:58
Bagus benda ni. Untuk keselamatan kena ada.
nurmisnan nurmisnan 31 July 2012 at 20:53
aku tak pasti berapa hari tuh aku beli.. rasanya
around 70 something kot. Bukan lupa tapi x ingat.. hik3
JebengOtai™ JebengOtai™ 31 July 2012 at 21:27
kalo short satu umah padam..tp pki ni leh elakkan terpadam suma..bgus jugak tu..xler rosak perkakas yg len pulak..hehe
Unknown Unknown 1 August 2012 at 00:35
wah..memang bagus benda ni...
pipoq pipoq 1 August 2012 at 07:55
ooo..nak kena pegi kedai letrik pehni..
daddydee daddydee 1 August 2012 at 14:05
alat yang baik demi keselamatan di rumah...
onlajer onlajer 1 August 2012 at 15:48
memang bagus jo lagi2 musim buat kuih pakai oven bulat he
onlajer onlajer 1 August 2012 at 15:50
demi keselamatan keluarga
akubiomed akubiomed 1 August 2012 at 23:53
Di bengkel tempat kerja saya ada mengunakan RCD breaker digunakan ketika menguji mesin perubatan selepas pembaikan.