IKLAN ULANGAN

Sengaja aku ulang tayang iklan ini untuk rakan yang belum mendaftar di tabung haji

Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Inisiatif  Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.


Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a.    Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b.    Beragama Islam
c.    Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya
       RM1,300.00
d.    Belum mencapai umur 55 tahun
e.    Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Sumber:
              -KWSP

Nota:-
Pembukaan Akaun Tabung Haji hanya RM 2
Pada minggu post ini dibuat Pendaftaran tahun 2012 akan mendapat jawapan pada tahun 2048

{ 10 comments.. read them below or add one }

Lagenda Lagenda 14 May 2012 at 09:33
Baguslah klu KWSP boleh buat link dgn TH mcm nih. Register awal2 then sampai turn dah blh pi buat haji
pipoq pipoq 14 May 2012 at 12:49
maksudnya tahun 2048 baru dapat jawapan leh pegi haji ke tak ? omak aii..lamo bonar tu jang..hehehe
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi 14 May 2012 at 14:43
Bagus kalau dah ada integrasi mcm nie ;D
baguznet baguznet 14 May 2012 at 14:57
Owh... boleh guna akaun 1 rupanya, igt akaun 2. Tapi untuk daftar je kan? Kalo nak g tak boleh guna akaun 1 kan?
onlajer onlajer 14 May 2012 at 19:06
Betul tu jang jangan tak daftar lama nak menuggu tu,kouta tahunan hanya 28 ribu yang menugggu ratusan ribu
jebengotai jebengotai 14 May 2012 at 23:31
leh menggalakkan golongan muda utk daftar..