Masjid Kampung Seri Merlong

Sejarah Awal Masjid Kampung Seri Merlong Tahun 1925


Sejarah awal Masjid di Kampung Seri Merlong,Rengit,Batu Pahat telah terbina pada tahun 1925. Dalam tahun 1920-an, orang-orang keturunan Jawa dari seberang (Indonesia) telah datang dan meneroka kebun hutan di sini. Mereka diketuai oleh Embah Yusoff. Dengan kerjasama dan permuafakatan, secara bergotong-royong mereka menebang kurang seluas 3 ekar untuk mendirikan sebuah masjid bagi tujuan mendirikan solat Jumaat. Berkat ketabahan dan ketekunan mereka dapat mendiri sebuah masjid pertama di Kampung Seri Merlong. Masjid ini berkeluasan 30 kaki X 40 kaki. Bahan binaannya adalah daripada kayu-kayu hutan yang tebang dan beratapkan daun rembia, manakala lantainya daripada kayu. Dindingnya pula dibuat daripada kulit-kulit kayu. Masjid in dapat menampung jemaah antara 50 hingga 70. Jemaah untuk sembahyang Jumaat datang dari Kampung Belahan Tampok, Kampung Parit Gantong, Kampung Sungai Bagan,  Kampung Sungai Jambi dan Kampung Parit Tengah.





















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1953.


Dalam tahun 1953, masjid ini telah diubahsuai dengan cara bergotong-royong yang mana bahan binaannya diperolehi daripada yuran ahli kariah dan derma daripada orang ramai yang diketuai oleh Wak Abdullah. Bangunan ini adalah separuh batu dan beratapkan zink, berdinding papan dan tidak bersyiling. Luasnya lebih besar daripada masjid asal iaitu 60 kaki X 80 kaki. Masjid yang dibina ini dapat menampung antara 200 ke 300 orang jemaah




















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1960

Ubah sesuai dilakukan lagi pada tahun 1960 di mana bahagian bumbung dan menara ditukar kepada esbestos dan bersyiling. Semua peruntukan diperolehi daripada kerajaan sebanyak RM14,000.00. (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja).





















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1986

Pada 17 Oktober 1986 bersamaan 3 Safar 1407 Hijrah, masjid lama telah dirobohkan dan diganti dengan masjid sementara bagi membolehkan masjid baru dibina. Projek bangunan masjid baru ini dibina dengan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya dengan perbelanjaan sebanyak RM245,000.00. Masjid ini siap sepenuhnya dan digunakan untuk solat Jumaat pertama pada 25 Mei 1987 bersamaan 23 Ramadhan 1418 Hijrah dan sehingga ke hari ini.




















Onlajer: Saja - saja ulang tayang post sejarah Mesjid Kampung aku kiranya aku tolong buat backup hehe. Bangunan Mesjid sudah 4 kali bertukar dan aku hanya dapat merasa dua bangunan sahaja.

Sumber asal

{ 14 comments.. read them below or add one }

boni kacak boni kacak 6 September 2012 at 22:29
daripada sebesar pondok sampailah serba moden. Alhamdulillah. surau ni masih lagi tersergam gah di sana..
pipoq pipoq 6 September 2012 at 23:38
kalau letak gambar terkini kan best..
onlajer onlajer 7 September 2012 at 08:10
cuma murid sekolah pondoknya dah kurang ada
onlajer onlajer 7 September 2012 at 08:11
ini memang gambar scan dari buku sejarah
JebengOtai™ JebengOtai™ 8 September 2012 at 01:02
lama jugak usia masjid ni..mungkin leh buat satu sudut sejarah di kawasan sekitar masjid ni..
onlajer onlajer 8 September 2012 at 12:23
Nanti kalau aku balik kg aku cuba ambil gambar terbaru InsyAllah
Denaihati Denaihati 11 September 2012 at 14:12
binaan tahun 1953 n 1960 memang unik n cantik, kalau dikekalkan lagi menarik rasanya
akubiomed akubiomed 11 September 2012 at 23:30
Hebat orang dahulu membina masjid mengunakan sumber alam.
onlajer onlajer 12 September 2012 at 12:41
saya tak tahu kenapa tidak dikekalkan masa tu belum lahir lagi lah bro saya tapi brader2 saya tahu.
onlajer onlajer 12 September 2012 at 12:43
Dulu kalau bangunan kayu lebih murah tengok orang buat rumah batu cop mesti orang kaya nih, tapi sekarang kalau ada yang buat rumah kayu wah orang kaya nih
CIK TOM CIK TOM 12 September 2012 at 13:26
wah bagsu siap ada sejarah masjid lagi ni..
irsah irsah 15 September 2012 at 09:00
info berguna buat studies. sekurangnya betul cakap bro.. ada backup.. mana lar taw sistem archives kena delete ker.. heeee