PLUG TOP

 Download Percuma Rahsia Teknologi Penjimat Elektrik 

   Plug Top (dalam bahasa teknikal melayu disebut Palam) dan dalam bahasa R nya kepala Plug adalah salah satu alat penyambung elektrik dan boleh disambung pada socket outlet. Dan aku pun tak pasti mana satu ejaan yang betul adakah PLUG atau PLAG.

Menurut wikipedia  Piawaian British BS 1363 menetapkan jenis plag dan soket AC domestik yang digunakan di United Kingdom, Cyprus, Ireland, Malta, Malaysia, Singapura serta negara-negara bekas jajahan British. Ireland, Malaysia dan Singapura masing-masing mempunyai piawaian yang setara - IS 401 & 411, MS 589 dan SS 145. Di negara-negara tersebut, sistem ini turut dikenali sebagai soket/plag 13 amp. Di Malaysia, ia digunakan pada peralatan elektrik berkuasa sederhana dengan kadaran arus sehingga maksimum 13 ampere; walau bagaimanapun, bagi peralatan berkuasa rendah terutamanya peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, plag 2 pin 2.5 ampere Jenis C (dikenali sebagai Europlug) lazimnya digunakan.

Sebuah plag BS 1363 mempunyai dua pin segiempat sama yang melintang bagi penyambung fasa (selalunya dipanggil 'wayar hidup') serta neutral, dan di atas kedua-dua pin pula adalah pin segiempat tepat menegak untuk sambungan bumi. Tidak seperti kebanyakan soket lain, pin bumi adalah sangat penting pada plag BS 1363, memandangkan ia diperlukan bagi menolak penutup lubang soket untuk membolehkan pin hidup dan neutral dimasukkan. Ia juga turut memastikan plag berkenaan sentiasa dalam kekutuban yang betul. Untuk kegunaan peralatan elektrik yang tidak dibumikan, terdapat juga plag dengan pin bumi plastik bagi membolehkan penutup soket dibuka.

Oleh kerana litar soket terutamanya jenis litar gelang seperti yang sering digunakan di United Kingdom mampu membawa arus tinggi sehingga melebihi keperluan peralatan elektrik, ( setahu saya tidak diMalaysia yang para kontraktor elektrik lebih berminat dengan litar selari yang dapat menjimatkan kos) setiap plag dimestikan mempunyai fius (Piawaian BS 1362) dengan nilai sehingga 13 ampere. Plag dan soket BS 1363 direka untuk membawa voltan AC 240 V 50 Hz, dengan nilai maksimum arus elektrik 13 ampere.

       Tetapi kebiasan untuk alat penghawa dingin plug 15 ampere lebih sesai digunak memandangkan sewaktu proses satrting compressor memerlukan ampere yang tinggi.

Toncohnya:-

Plug 13A


Plug 15A   
Struktur binaan Plug

1-Plug biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar seperti bakelit atau tembikar
2-Ia mempunyai dua atau tiga pin yang dipebuat daripada bahan fostor-gangsa atau lpyang keras, ia  berbentuk bulat atau leper,
3-Pin bagi punca bumi akan menyantuh dahulu daripada pin yang lain.
4-Bagi palam tiga pin pasti ada mempunyai pengepit kabel, tujuannya ialah supaya cabel tidak akan terkeluar dari palam apabila berlaku rentapan.

gambar tajaan wikipedia


Peraturan IEE bagi Plug

1-Palam yang mempunyai fius tidak boleh diterbalik-balikan dan direka agar fius tidak boleh menyentuh         pengalir perlindunganya.
2-Tidak boleh diguna pada bekalan elektrik melebihi 250V.
3-Cara sambungan kabel boleh dilihat pada gambar sumbangan google ini

 gambar tajaan lebai google 


Dan contoh kepala yang harus dipenggal mengunakan cutter :-

Dah Pecah
Dah geseng aka legam
Sila buang kedalam tong sampah supaya takde orang yang akan mengunakanya semula:-

Cara Pemasangan:-

Dan ini adalah cara untuk menukar kepala plug yang aku copy maklumlah tulis pun lebih kurang ayat sendiri:-
(Highest credit to: litarelektrik09.wordpress.com)

Sesetengah Plug Top ada disertakan panduan sambungan plug top itu sendiri seperti
1. Buka skru penutup (cover) Plug Top dengan mengunakan screw driver
2. Buka skru pada setiap terminal sambungan Earth, Live dan Neutral plug top tersebut sehingga longgar dan tanggalkan pengalir kabel satu persatu.
- Longgarkan juga grip cable untuk menanggalkan multi-core cable dari plug top
Step 2
1. Tukarkan Pulg Top yang rosak dengan yang baru.
- Pasangkan multi corre cable tadi dan ketatkan semula sgrip cable supaya ia tidak tertanggalkan apabila di tarik
2. Ingat semula sambungan pada terminal yang telah ditanggalkna tadi
3. Sambungkan dan pastikan pada terminal yang betul Live, Neutral dan Earth.
- Pastikan pengalir ke masuk pada terminal sambungan tidak tiada regangan yang banyak.
- Ketatkan semula skru pada terminal
4. Akhir sekali pasang semula cover (penutup) Plug Top Yang Baru, ikat skru dan siap

*sila rujuk gambar diatas untuk menambah kefshsmsn tentsng cara pemasangan kepala plug ini*

p/s : akan ku usahakan untuk menambah baik lagi penulisan dan riwayat kepala plug ini,  sekian terima kasih




Minta sokongan anda dengan membaca artikel Ini!

Malaysia Best Blog 2015