Bab Menjadi Kontraktor Elektrik Yang Hebat

Sekadar gambar hiasan dari lebai google
Tahun ini genap 10 tahun Aku berkecimpung dalam bidang kejuruteraan elektrik ,jadi dengan kembang hidung nya aku nak kongsi sikitlah tips2 kejayaan tauke aku.Untung - untung tips ini dapat memberi ilham kepada saudara-saudara sekalian.

Faktor utama untuk menjadi kontraktor yang hebat sudah pastilah anda mesti faham asas-asas kerja yang berkaitan dengan elektrik.

Faktor kedua anda mesti kenal alatan kerja dan barang yang perlu digunakan untuk melaksanakan tugasan,ini penting kerana setiap pemilihan bahan kerja yang betul dapat menjimatkan kos dan masa,sebagai contoh seorang wireman harus peka keadaan pesekitaran tempat kerja,jika beliau ingin menarik sebatang cabel ditempat yang sempit atau kurangnya ruang untuk berkeerja ,adakah dia harus mengunakan trunking atau condiut pipe atau flexible pipe.(seorang kontraktor harus mahir memberi gambaran awal tentang apa yang harus dibuat semasa lawatan kerja).Dengan info yang tepat perkerja2 dibawah kawalanya dapat melakukan tugasan dengan masa yang ditetapkan.

Faktor masa adalah penting kerna kebanyakan kontraktor elektrik menjana keuntungan dengan masa kerja,ini disebabkan kos utama elektrik adalah bergantung kepada turun naiknya pasaran harga cooper  dunia.Kebiasaanya harga untuk satu point kuasa tidak lebih dari Rm150 jadi jika kerja dapat disiapkan dengan masa yang ditetapkan syarikat mungkin mengalami kerugian.

Dan yang paling best sekali faktor kena pandai berbicara dan menabur janji-janji yang tak pasti,faktor ini memang cukup penting,disebabkan kita perlu menyakinkan purchaser dan jurutera2 M&E yang dah pasti sekolah lagi tinggi daripada kita.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Mak Lagenda Mak Lagenda 23 May 2012 at 10:30
Owh..berkemahiran dan berpengetahuan dlm electrik yea ghupanya onlajer nih..

Klu mak, bab2 elektrik la yg paling mak gerun!! Pernah kena renjatan elektrik..sbb tu smpi skrg gerun sakan.
pipoq pipoq 23 May 2012 at 10:33
memang kalau tengok kontraktor elektrik yang dah pakar buat kerja tu cepat je siap + kemas..

dalam apa bidang sekalipun, faktor masa memang jadi penentu untung rugi sesebuah syarikat..
Unknown Unknown 23 May 2012 at 10:44
knp x bukak bisnes sendiri je kalau dah ada 10 tahun pengalaman? hehehehe
onlajer onlajer 23 May 2012 at 11:01
sikit je yang kita tahu
onlajer onlajer 23 May 2012 at 11:03
memang betul masa tu yang menjadi faktor utama,aya lu orang tak boleh cepat sikit ka,aku cedok ayat tauke aku
onlajer onlajer 23 May 2012 at 11:04
lain kali lah aku cerita hehehe
Ummi Hanie Ummi Hanie 23 May 2012 at 11:22
teringat subjek kemahiran hidup PMR dolu2... paksa jugak kasi faham bab elektrik2 ni walopun xminat. alhmdllh berjaya juga...
CIK TOM CIK TOM 23 May 2012 at 11:31
ingt dl xminat subjek2 elektrik ni under subjek fizik..susah bangat..hehee
CIK TOM CIK TOM 23 May 2012 at 11:33
10 thn byk tue pengalaman..
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 23 May 2012 at 12:19
Bolehlah geng dgn hubby kakak. Electrical and engineering itu line dia...
Kazman / Sue Kazman / Sue 23 May 2012 at 12:32
faktor yg last tu yg tak tahan gelak nak baca tu.... faktor wajib tuu... haaa3x
onlajer onlajer 23 May 2012 at 12:53
dulu memang minat dah lama sangat jadi kureng sikit
onlajer onlajer 23 May 2012 at 12:55
faktor yang menentukan boleh pakai c atau e class.
onlajer onlajer 23 May 2012 at 12:56
masih jau lagi perjalananya
Denaihati Denaihati 23 May 2012 at 13:42
bidang elektrikal dan service memang sentiasa ada pasaran yg luas dan saingan juga semesti banyak. tahniah utk bro dan company bro kerja.
suri suri 23 May 2012 at 14:17
rumah sy sllu jer karen tendang..nak2 masa petir dentum kuat huhu..berkali2 kena upkan suiznya
suri suri 23 May 2012 at 14:19
org yang otak ginus ni heee sy takut pd elektrik klu cuaca kurang baik
onlajer onlajer 23 May 2012 at 15:02
saya takut dgn bil elektrik
SuhairiDotCom SuhairiDotCom 23 May 2012 at 16:35
Semoga berjaya dunia akhirat bro! :)
Iza Iza 23 May 2012 at 17:44
Assalam..
Owh..kontraktor rupanya..
Selalunya kontraktor ni ramai yang buka cawangan baru...hehe..
Kalau dapat tangkap kontrak, kaya la nih..
Ayat yg last tu..jeng..jeng..jeng..
onlajer onlajer 23 May 2012 at 18:14
itu boss dia,bukan kulinya
Mus Mus 24 May 2012 at 06:39
saya mmg fobia dengan sambung-menyambung cable elektrik..
Dulu Lain Sekarang Lain Dulu Lain Sekarang Lain 24 May 2012 at 07:16
Kalau di KK tak ramai sangat kontraktor elektrik dan pendawaian. Kalau tak silap ada requirement yg suruhanjaya tenaga tetapkan termasuklah mesti ada orang kompetan dengan sijil tertentu bagi mendapatkan lesen tertentu. So peluang agak baik lah. Tak tahu di sana mcm mana pula.
Apa-apa pun all the best dengan tugas yg ada dan berhati-hati dengan bahaya kejutan elektrik. Palis-palis..
mz mz 24 May 2012 at 08:59
kalo amik kejutureaan elektrik, nnti jadi kontraktor ye.. aku baru tau.. hehe
onlajer onlajer 24 May 2012 at 10:01
tak juga,kalau nak senang kerja company besar2 kalau ada problem pangil kontraktor habis cerita,,haha
Iza Iza 24 May 2012 at 16:55
Kalau dah namanya kontraktor,
selesai projek, goyang kaki je kan tunggu payment.
onlajer onlajer 24 May 2012 at 17:34
kalau goyang kaki jer boleh bungkus
akubiomed akubiomed 24 May 2012 at 21:45
Saya pula terlibat didalam bidang Elektronik Perubatan.
JebengOtai JebengOtai 25 May 2012 at 00:31
tips yg last tu agak menarik utk yakinkan org..hehe
onlajer onlajer 25 May 2012 at 07:55
bidang elektrik banyak cabang
onlajer onlajer 25 May 2012 at 07:56
tips itu memang paling ultra hebat
nurmisnan nurmisnan 25 May 2012 at 09:55
Dulu2 suka sgt nak belajar bab elektrik.. berangan
nak pasang kat rumah sendiri. Skrg pandai pasang chop
kepala kat cable jer.. har3...
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi 26 May 2012 at 08:32
Kena banyak pengalaman... X ada pengalaman berta sangat :)
onlajer onlajer 26 May 2012 at 09:47
lebih kurang macam tu la
hafizmd hafizmd 30 May 2012 at 13:13
Terbaiklah. Bukan senang nak jumpa blogger yg pandai dalam bidang wiring ni.

Aku bab2 karan ni, ada jugak gerun. Maklumlah, benda2 bahaya ni kalau buat2 tahu...naya jadinya.

Terima kasih bro sudi berkongsi pengalaman.

p/s-tips last tu kadang2 ramai yg teruja...hehe
AnonymousAnonymous 11 January 2013 at 14:55
Encik berdaftar dgn PKK dan CIDB tk?
kami sedang mencari kontraktor elektrik CIDB gred G4 utk pinjam lesen untuk beli tender...sekiranya encik memiliki kriteria tersebut boleh emel ke enquiry@kristalvisual.com.my
Long Cham Long Cham 22 May 2013 at 03:06
KEMAHIRAN IDUP FORM 3
http://long-cham.blogspot.com/