Pencerahan minda dari Hizbut Tahrir Indonesia
Pada umumnya, para ulama empat mazhab tidak pernah berselisih pendapat mengenai
kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang bertanggungjawab melakukan tugas
ri’âyah suûn al-ummah (mengatur urusan umat).
Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah
al-Baqarah ayat 30, menyatakan, “Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban
mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan
pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan
pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama,
kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham (Imam al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm
al-Qur’ân, 1/264-265).
Al-’Allamah Abu Zakaria an-Nawawi, dari kalangan ulama mazhab Syafii, mengatakan, “Para
imam mazhab telah bersepakat, bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang khalifah.” (I
mam an-Nawawi, Syarh Shahîh Muslim, XII/205). .
Ulama lain dari mazhab Syafii, Imam al-Mawardi, juga menyatakan, “Menegakkan Imamah
(Khilafah) di tengah-tengah umat merupakan kewajiban berdasarkan pada Ijma’ Sahabat. (Ima
m al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah, hlm. 5).
Imam ‘Alauddin al-Kasani, ulama besar dari mazhab Hanafi pun menyatakan, “Sesungguhnya
mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq
mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok
Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil
yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu
ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang
perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam.(Imam
al-Kassani, Badâ’i ash-Shanai’ fî Tartîb asy-Syarâi’, XIV/406).
Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hanbali, ulama mazhab Hanbali, juga menyatakan, “Ayat ini (QS
al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil atas kewajiban mengangkat imam/khalifah yang wajib didengar
dan ditaati untuk menyatukan pendapat serta untuk melaksanakan hukum-hukum tentang
khalifah. Tidak ada perbezaan tentang kewajiban tersebut di kalangan para imam kecuali apa
yang diriwayatkan dari Al-A’sham dan orang yang mengikutinya.” (Imam Umar bin Ali bin Adil,
Tafsîr al-Lubâb fî ‘Ulûm al-Kitâb, 1/204).
Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf
bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan, “Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang
mengatur urusan manusia.” (Abu Ya’la al-Farra’i, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm.19).
Imam Abu Muhammad Ali bin Hazm al-Andalusi azh-Zhahiri dari mazhab Zhahiri menyatakan,
“Para ulama sepakat bahwa Imamah (Khilafah) adalah fardhu dan dengan adanya seorang
imam itu merupakan suatu kewajiban, kecuali an-Najdat. Pendapat mereka benar-benar telah
tertolak kerana menyalahi Ijma’ Sahabat dan pembahasan mengenai mereka telah dijelaskan
sebelumnya. Para ulama bersepakat bahwa tidak boleh ada dua imam (khalifah) bagi kaum
Muslimin dalam satu masa di seluruh dunia baik mereka sepakat atau tidak, baik mereka berada di satu tempat atau di dua tempat.” (Imam Ibn Hazm, Marâtib al-Ijmâ’, 1/124).
Imam Ibnu Hazm juga mengatakan, “Majoriti Ahlus-Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij
bersepakat mengenai kewajiban menegakkan Imamah (Khilafah). Mereka juga bersepakat,
bahawa umat Islam wajib mentaati Imam/Khalifah yang adil yang menegakkan hukum-hukum
Allah di tengah-tengah mereka dan memimpin mereka dengan hukum syarak yang dibawa
Rasulullah saw.” (Ibnu Hazm, Al-Fashl fî al-Milal wa al-Ahwâ’ wa an-Nihal, IV/87).
Taqarrub kepada Allah yang Paling Esa
Usaha menegakkan Khilafah Islamiyah termasuk dalam aktiviti taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah yang Paling Esa. Syeikul Islam Imam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Yang wajib
adalah menjadikan kepemimpinan (imârah) sebagai sebahagian dari agama dan landasan
untuk bertaqarrub kepada Allah. Taqarrub kepada Allah dalam hal imârah (kepemimpinan) yang
dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebahagian dari taqarrub yang
paling utama.” (Imam Ibnu Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161).
Al-’Allamah Ibnu Hajar al-Haitami juga menyatakan, “Ketahuilah juga bahwa para Sahabat ra.
seluruhnya telah berijma’ bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) setelah berakhirnya
masa kenabian adalah wajib. Bahkan mereka telah menjadikan kewajiban ini sebagai urusan
yang paling penting. Buktinya, para Sahabat lebih menyibukkan diri dengan perkara ini
dibandingkan dengan menguruskan jenazah Rasulullah SAW. Perselisihan mereka dalam hal
penentuan (siapa yang berhak menjadi imam) tidaklah merosak ijma’ yang telah disebutkan
tadi.” (Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Ash-Shawâ’iq al-Muhriqah, 1/25).
Malangnya, majoriti umat Islam sekarang lebih menyibukkan diri dengan amalan-amalan
sunat, seperti zikir jama’i, aktiviti sedekah, shalat dhuha, puasa sunat dan lain-lain
dibandingkan dengan melibatkan dirinya dalam perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah.
Lebih menyedihkan lagi, sebahagian mereka menganggap perjuangan menegakkan Khilafah
Islamiyah tidak penting berbanding amalan-amalan sunat tersebut. Malahan mereka juga
menganggap para pejuang Khilafah sebagai orang-orang yang tidak memiliki ketinggian ruhiyah
dan akhlaq. Walhal menegakkan Khilafah Islamiyah dan terlibat dalam aktiviti ini termasuk
dalam golongan yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah yang paling Esa.
Berdirinya Khilafah: Janji Allah
Ulama empat mazhab juga telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah
janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin. Al-Quran telah menyebutkan janji ini (tegaknya
kekhilafahan Islam) dengan jelas dan terang. Allah SWT berfirman;
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian,
bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).
Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan, “Inilah janji dari Allah SWT
kepada Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT akan menjadikan umat Nabi Muhammad SAW.sebagai khulafâ’ al-ardh; yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Dengan
merekalah (para khalifah) akan memelihara negeri dan seluruh hamba Allah akan tunduk
kepada mereka.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsîr Ibn Katsîr, VI/77).
Imam ath-Thabari juga menyatakan, “Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi kaum
musyrik dari kalangan Arab dan bukan Arab kepada orang-orang yang beriman dan beramal
soleh. Sesungguhnya, Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa dan pengaturnya.”
(Imam ath-Thabari, Tafsîr ath-Thabari, XI/208).
Janji besar ini tidak hanya berlaku bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada
generasi para Sahabat sahaja, malahan berlaku juga sepanjang masa bagi orang-orang
Mukmin yang beramal soleh. Imam asy-Syaukani berkata, “Inilah janji dari Allah SWT kepada
orang yang beriman kepada-Nya dan melaksanakan amal soleh tentang Kekhilafahan bagi
mereka di muka bumi, sebagaimana Allah pernah mengangkat sebagai penguasa kepada
orang-orang sebelum mereka. Inilah janji yang berlaku umum bagi seluruh generasi umat. Ada
yang menyatakan bahwa janji di dalam ayat tersebut hanya berlaku bagi Sahabat sahaja.
Sesungguhnya, pendapat seperti ini tidak memiliki asas sama sekali. Alasannya adalah iman
dan amal soleh tidak hanya dikhususkan pada Sahabat sahaja, namun ia juga boleh diraih oleh
setiap generasi umat Islam sesudah mereka.” (Imam asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, V/241).
Berdasarkan huraian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tegaknya Khilafah
Islamiyah adalah janji Allah SWT. Ini bererti bahwa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan
dengan izin Allah SWT. Seorang Muslim wajib meyakini bahawa Khilafah Islamiyah pasti akan
ditegakkan kembali. Seorang Muslim tidak dibenarkan sama sekali menyatakan bahawa
perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah adalah satu bentuk perjuangan uthopia,
khayalan, mustahil, kenangan sejarah dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan seumpama itu
merupakan satu bentuk keraguan terhadap janji Allah SWT. Al-Quran telah menyatakan
dengan jelas, bahawa janji Allah SWT pasti ditunaikan:
"Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu karena Allah. Janji Allah pasti terlaksana" (QS
al-Muzammil [73]: 18).
"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (QS
ar-Rum [30]: 6).
Oleh itu, bersegeralah melibatkan diri dalam perjuangan yang penuh kemulian dan
keberkatan ini. Benar, perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah merupakan
perjuangan penuh kemulian dan keberkatan .Oleh itu, inilah perjuangan yang direstui, yang
dinyatakan oleh para ulama mu’tabar, dan dinaungi oleh janji Allah SWT, yang mana ia akan
membuahkan kejayaan lalu menjadi sebab tertegaknya hukum-hukum Allah SWT secara
syâmil, kâmil dan mutakâmil.
Wallâh al-Muwaffiq ilâ Aqwam ath-Thâriq.