Asalamualaikum dan salam sejahtera, Kebanyakan Lelaki Kacak Menungang motorsikal atau speda untuk ketempat kerja.{permempuan cantik pun ramai juga). Sebaiknya sebelum memulakan perjalanan kita dianjur untuk membaca doa menaiki kenderaan semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Jauh lagi ke tambak tu sumber:http://www.carigold.com |
Di hari ini aku ingin bersurah pada rakan-rakan tentang keadaan kondensi motorsikal kita yang perlu dititik berat kan untuk keselamatan rakan -rakan sekalian. Ialah bukan sekali dua aku nampak kejadian yang tidak dinginkan. Malah diri sendiri juga pernah menempuah pengalaman yang agak mendebarkan. Kalau bukan kerna kesesakan baik aku naik kerata tak kena hujan dan tak kena asap yang tidak sedap untuk dihisap.
Kalau nak dikira perjalanan pada waktu puncak pastilah agak sukar untuk kita mengikut laluan yang telah ditetapkan ,lebih - lebih lagi jika belum ada laluan yang disediakan. Pantang ada laluan yang mengiurkan lapang pasti ramai akan teruja hendak MeRempit Ketempat Kerja . Hati - hati ya takut ada insan - insan yang merana. Pernah juga berlaku seorang penungang meletup tayar ditengah - tengah jalan (Highway Pasir Gudang arah Perling) menyebabkan penungang hilang kawalan, SubhanaAllah nasib tidak ada tanker yang berdekatan jika tidak nauzubillah minta lah dijauhkan.
Oleh itu aku berpesan pada diri dan rakan-rakan sekelian cuba - cuba lah buat lah pemeriksaan berkala untuk motor cari makan ,kerata yang banyak parking pun ikut jadual ini lagi hari-hari kena jalan. Untuk itu sila - sila lah siasat-siasat tayar ,sporcket ,rantai dan rajin - rajin lah tukar minyak hitam supaya tak jem ditengah jalan.