Onlajer,Chain Block & Chain Saw

Kesah yang takde berkait dengan cerita Eyriqazz vs Denaihati mahupun tentang bapak budak rock otai omputih Loudnes yang tengah meneran sambil mendengdangkan lagu heavy chain . Walau pun meraka tidak melalak sebegitu rupa, Sememangnya orang-orang lama kita sudah mengetahui heavy chain itu rantai yang berat. seberat rantai yang bersambung pada beg duit yang isinya lebih ringan daripada rantai yang membelit kelengkang si pemakainya hehe.
Minggu yang sudah-sudah aku dan brader aku yang menetap di kampung telah mendapat satu arahan mendatori dari pada orang tua kami untuk menebang pokok-pokok kelapa yang berhampiran istana pusaka yang akan diwarisi kami. Jadi sebelum pokok kelapa itu merebahkan di dinding, Elok sangatlah kiranya kami bergotong - royong menyelesaikan misi ini.

Misi yang dahulunya memerlukan sekurang - kurangya  tiga orang telah dilaksanakan dengan kadar jayanya oleh aku dengan brader aku dengan bantuan alatan yang sudah agak lama aku tidak gunakan.

Ini pokok Kelapa yang takde buah

Dengan bantuan tali yang telah kami cari didalam peti kami ikat pada ketingian maksima yang tercapai dengan galah. Tujuannya supaya arah tumbang pokok mengikut arah yang dikehendaki.

Chain block company bukan chain block sendiri

Tali yang membelit batang kelapa kami sambung pada chain block yang kami sangkut pada dahan rambutan yang berhampiran. (takut juga takut tali putus campur dengan dahan patah) Gua tarik rantai ini sehingga setegang-tegangnya


Aisey gambar brader gua menebang takdelah almaklumlah gua diberi tugas untuk mengawal chain block ini
so takde masanya  nak snap2 gambar

Poko kelapa rebah kebumi 

Thimberrrr... berghhhhhh bergegar tanah di kawasan sekitarnya sikit lagi kena tong simpanan saham harian hehe

pokok kelapa yang telah ditebang
Dengan sengaja brader gua menebang pada kadar ketinggian ini untuk meminimakan ketinggian pokok kelapa

Pucuk kelapa

Kecewa tidak dapat buah kelapa muda, pucuk kelapa pasti ada isinya.

Umbut Kelapa

Kiranya masa zaman aku budak - budak dulu kalau nak tiba hari raya pasti ada sahaja lodeh yang dicampur dengan umbut kelapa untuk membanyak isi - isi penting nya. 
Catatan ini tidak disertakan dangan gambar - gambar gua dan brader gua minum air sirap , setelah selesai menjalankan tugas - tugasan. sambil gelak - gelak cakap selamat duit aku dari kena bayar upah orang tolong tebangkan ngeh,ngeh,ngeh



{ 38 comments.. read them below or add one }

Saya Disini Saya Disini 10 July 2012 at 12:52
sedp tu umbut kelapa..buat kerabu sedp
hafizmd hafizmd 10 July 2012 at 16:28
wah..kire hebat dah ni..boleh amik upah tebang pokok dah =)

umbut kelapa mmg sedap! lama dah tak makan...hoho
THE AUTHOR THE AUTHOR 10 July 2012 at 17:32
wah!! dahsyat gak kau menebang..
Dulu ada juga ikut potong pokok durian kat kampung2 jual kayu.
Pakai chainsaw dengan apabende tu chain blok dan kabel...
Salamkenal bro!!
Yu. Chekgu LK Yu. Chekgu LK 10 July 2012 at 17:50
x pernah rasa umbut klpa.. cmnala rs'y tu ya
CIK TOM CIK TOM 10 July 2012 at 18:44
sedap ke umbut kelapa ek??
onlajer onlajer 10 July 2012 at 18:47
tak pernah cuba buat kerabu
onlajer onlajer 10 July 2012 at 18:48
apa lagi cari dekat kedai orang acheh la mungkin ada hehe
onlajer onlajer 10 July 2012 at 18:48
salam, first time aku buat keje nih
onlajer onlajer 10 July 2012 at 18:49
susah sikit lah nak terangkan rasa nya, lebih kurang rasa kekacang
ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ 10 July 2012 at 18:51
rugi, kalo ada air kelapa muda sekali ngn isinya mmg perghhh
onlajer onlajer 10 July 2012 at 18:52
sedap dimakan begitu sahaja hehe
onlajer onlajer 10 July 2012 at 19:07
Brader gua dah petik semua kelapanya sebelum aku balik kg
Dulu Lain Sekarang Lain Dulu Lain Sekarang Lain 10 July 2012 at 20:12
Kawe pon dulu2 ada tlg tebang pokok kelapa. Bahaya ehhh.. Kalau tak cukup tegang tarik, pokok boleh silap landing. Anyway, zaman kawe dulu, kami pakai kapak jer. Kebaikannya pula bila guna kapak boleh pengeruhi arah pokok jatuh dengan cara pokok di kapak.
Unknown Unknown 10 July 2012 at 20:45
ada juga kegunaan benda tu ye??
Unknown Unknown 10 July 2012 at 20:54
Masa kecik2 dulu selalu tgk org tebang pkok kelapa.. skrang mana ade dah.. :(
akubiomed akubiomed 10 July 2012 at 21:47
Kalau pakai chaisaw kejap sahaja kerja-kerja menumbangkan pokok kelapa ini.
budak felda budak felda 10 July 2012 at 23:03
sedap kalau ratah mentah2 ubut kelapa tu hehehe..:)
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:06
wah kawan kira lagi otai lah bab tebang menebang nih
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:08
benda yang mana satu boni chain block ke
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:09
ada juga tengok kawasan juga lah, sekarang ni batang kelapa pun diaorang boleh beli
Kulanzsalleh Kulanzsalleh 10 July 2012 at 23:12
berbaloi kalau buat kerja sendiri..
titan titan 10 July 2012 at 23:17
pehh..susahnya nak dapat umbut kelapa..
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:18
cuma nak setting tali dan rantai tu lambat sikit
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:20
mana tak berbaloi 1 jug sirap setel berdua ngeh,ngeh,ngeh
onlajer onlajer 10 July 2012 at 23:21
orang dulu panjat bawak kapak nak dapat kan umbut
Razif Razif 11 July 2012 at 00:01
menarik ni unbut kelapa ... tapi aku tak suke daaaaa
onlajer onlajer 11 July 2012 at 00:12
ini makanan otai2 kopek kelapa nih
onlajer onlajer 11 July 2012 at 00:14
serius beb aku tak pernah makan lagi kerabu umbut ni, lain tempat lain cara penyediaanya
puteri kasih puteri kasih 11 July 2012 at 01:13
masa kecik dulu suka tengok orang tebang pokok..suka jerit timberrr..hehe
onlajer onlajer 11 July 2012 at 01:18
ayat-ayat omputih kita guna ya
Hafizul Hafizul 11 July 2012 at 10:09
Teringat kenangan zaman ayh aku tebang pokok kelapa..hehe..mula-mula buang semua pelepah..tali memang kena ikat pada batang pokok supaya batang kelapa tak tumbang ke rumah..hehe
Mak Lagenda Mak Lagenda 11 July 2012 at 10:25
Umbut kelapa tu yg paling best!! Masak lemak putih,pastu lawan plak dgn sambal belacan. Perkhhhhhhhh!!!
Denaihati Denaihati 11 July 2012 at 14:11
umbut kelapa masak lemak, sodaplah. umbut kelapa sawit pun sodap juga, mesti ramai yg belum cuba...heee
onlajer onlajer 11 July 2012 at 15:20
lupa pulak nak bagi tahu memang betul sabit dulu pelepah - pelepah biar senang nak kawal
onlajer onlajer 11 July 2012 at 15:21
masak lemak makan dengan nasi bubuh sikit sambal terasai
onlajer onlajer 11 July 2012 at 15:22
pernah juga rasa der cuma tekak aku kata kurang kicks le hehe