Malam 1 Syawal


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya pada semua rakan blogger, Alhamdulilah dapat bertemu kembali di dunia maya ini. Orang - orang lama pasti ada yang sudah menyambut Raya ketupat istilah selesainya berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Pada rakan-rakan Semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan segala amal ibadah di bulan Ramadhan dapat diteruskan hendaknya.

Gambar dari google
Apa agaknya sambutan malam 1 syawal rakan - rakan semuanya adakah tengah mengemas last minute ,memasak juadah raya, atau tolong membakar sumbu mercun dengan alasan tolong budak-budak bakarkan hehe. Kalau tempat kawan, Ayah akan buat arahan mendatori pada anak-anak supaya berkumpul dan bertahlil lepas maghrib kirim arwah yang tengah bersedih atas berakhirnya Ramadhan yang mulia.

Err Berjimak Malam 1 Syawal? hehe orang-orang tua dahulu pasti akan berkata kalau dapat anak nanti jari tangannya akan ada enam (Betul atau tidak aku tak pasti,  tapi rasa nya ada kitab lama yang menceritakan permasalahan ini ,tapi bukan haram ya).

Oleh itu bagi orang-orang yang berguru atau bertarikat  selaian 10 malam terakhir Ramadhan pastinya malam 1 syawal ini meraka akan berjaga untuk melipatkan kali ganda amal ibadah dan berdoa memohon limpah kurnia dan meminta keampunan, keredhaan,murah rezeki dan keberkatan.



{ 23 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 27 August 2012 at 12:35
Rasanya ramai yang melebihkan persiapan menyambut raya pada malam tersebut.. termasuklah saya!
onlajer onlajer 27 August 2012 at 12:37
Aku sampai kg dah banyak yang disiapkan hehe
AnonymousAnonymous 27 August 2012 at 13:11
KA sampai kg pulak, byk perkara g nak disiapkan hehehe
Fadzmie Fadzmie 27 August 2012 at 13:12
Malam raya memang malam paling sibuk dalam beratus malam sepanjang satu tahun. Semua benda nak diselesaikan malam tu. Haha.
onlajer onlajer 27 August 2012 at 13:55
seperti membakar bunga api hehe
onlajer onlajer 27 August 2012 at 13:55
pasti nya badan akan merasa penat hehe
Unknown Unknown 27 August 2012 at 14:04
bini tak ada nak berjimak le..hehehe
yas yas 27 August 2012 at 14:04
Malam raya aku pun bz ngan persiapan raya...heheheselamat hari raya onajerr
onlajer onlajer 27 August 2012 at 14:23
takde bini apa lagi cepat2 la nikah
onlajer onlajer 27 August 2012 at 14:23
jadi tak sempat lah nak jeling2 haha
Mak Lagenda Mak Lagenda 27 August 2012 at 19:39
bagus jugak tu. Boleh mak jadikan sbg tradisi dlm keluarga kelak. Bertahlil dimlm raya utk dikirimkan kpd ahli2 keluarga yg dah meninggal

Btw, selamat hari raya on! Maaf zahir dan batin ya
Hazmin Hazmin 27 August 2012 at 21:48
Malam raya biasa2 sahaja sebab takda kampung. Tiap2 tahun beraya di KL or pegi jalan TAR.
budak felda budak felda 28 August 2012 at 15:09
tak sempat nak ON malam tu semua penat oikir nak raya hehehe
onlajer onlajer 28 August 2012 at 15:43
Selamat hari raya , lepas maghrib memang time tengah tak buat apa2 jadi bolehlah bertahlil bersama keluarga
onlajer onlajer 28 August 2012 at 15:46
tapi rasanya semua orang pun tak sempat nak on haha
Hafizul Hafizul 28 August 2012 at 16:06
ehh betul ke jimak malam raya dapat anak yang lebih jari tu??haha..
onlajer onlajer 28 August 2012 at 16:20
Itu aku tak pasti cuma cerita2 orang - orang lama yang mengatakan ada kitab lama yang menyatakan permasalahan ini
akubiomed akubiomed 28 August 2012 at 21:54
Malam Raya sudah tentu sibuk untuk 'finishing raya' :-)
Unknown Unknown 28 August 2012 at 22:28
jgn dicuba bro...:) hehehe tapi kalau dah tak tahan on jer hehehe
tehr tehr 28 August 2012 at 23:54
biasanya aku masih dengan kesibukan tolong isteri
hehe