RUKUN - RUKUN HAJI

Rukun Haji enam perkara
Semuanya penting mesti dilakasana
Kalau tertingal satu sahaja
Haji tak sah rugi jawabnya

Niat dihati rukun pertama
Kerana Allah itu matlamatnya
Bila sudah tertanam dijiwa
Susah iblis hendak menggoda

Wukuf di Arafah rukun kedua
9 Zulhijah itulah tarikhnya
Semasa itu semua bersedia
Berzikir berdoa ampun dipinta

Tawaf pula rukun ketiga
mengelilingi Kaabah Kiblat kita
walaupun susah tidak selesa
Ganjaranya banyak tidak terkira

Rukun keempat Saie namanya
memang jauh jarak jauhnya
berulang alik adalah bersempena
Siti hajar berlari berusaha

Bergunting/bercukur rukun kelima
Afdal dibuat semasa diMina
Banyak ganjaran boleh diterima
Menghapus dosa menambah pahala

Rukun keenam tertib namanya
Tertib pada kebanyakan rukunya
sebagai kemudahan untuk semua
Tidak kira apa hajinya.

Onlajer: sempena musim haji ini aku bubuh pantun dekat blog aku ini pengarang asal aku tidak ketahui ,kerna risalah ini saling bertukar tangan untuk bersama-sama diamati.
RUKUN - RUKUN HAJI

{ 8 comments.. read them below or add one }

Pak Det Pak Det 17 October 2012 at 10:03
bahang musih haji semakin terasa....
boni kacak boni kacak 17 October 2012 at 18:46
wah..pantun ni sangat menarik la..
tehr tehr 18 October 2012 at 18:17
selamat menunaikan ibadat haji
selamat menyambut hari raya korban
mie mie 24 October 2012 at 00:47
sedap pantun ni...
boleh diguna dalam kaedah pembelajaran ..
ehehheehe
Unknown Unknown 2 November 2012 at 09:04
sgt menarik ni bro ..haha..
moga2 ada yang tersentuh
munir ardi munir ardi 8 November 2012 at 21:49
semoga semua yang naik haji punya niat yang suci dan pulang sebagai haji mabrur
ohcikgu ohcikgu 27 November 2012 at 00:12
wah, pandai cari ye pantun macam ni.