Assalamualaikum, Alhamdulilah sudah dua hari di kota Madinah al munawaroh sangat seronok rasanya dapat tiba di bumi Nabi SAW. dengat keadaan hotel yang cukup dekat dengan Masjid Nabawi seumpama Azan sudah dilaungkan pun masih sempat lagi kita hendak turun berjemaah tanpa ketingalan takbir pertama. ( cuma agak penat sedikitla kalau nak turun dengan jangka masa bergitu hehe). Dan disini musim sejuk rasanya baru bermula dengan tanda matahari terik tapi dengan angin sejuk mula menerjah kulit dengan jangka masa malam lebih lama daripada siang.
Gambar dekat atas aku celok dari google kalau nak dari camera aku kena tunggu pasal aku tak bawa cabel usb. Hotel ini adalah salah satu hotel yang paling dekat dengan mesjid,dan seterusnya yang paling hampir dengan makam Rasullah SAW. Dan berhadapan hotel ini ada hotel yang menempatkan restoran Indonisia yang harga aku tak nak komen sangat, tapi yang penting sodapp.
Dan dikesempatan ini aku mengucapkan salam maal hijrah yang akan tiba pada hari khamis ini, Insyallah dan oleh kerna itu juga terpaksalah aku google kan doa awal tahun dan hujung tahun bagi kegunaan kita semua.
دعاء أخير تاهون (دباح سبلوم مغرب هاري ترأخير تاهون )
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وصحبه وسلم. اللهم ما عملت في هذه السنة مما نهيتني عنه، فلم أتب منه ولم ترضه ولم تنسه، وحلمت علي بعد قدرتك علي عقوبتي، ودعوتني إلي التوبة منه بعد جرأتي علي معصيتك ، فإني أستغفرك فاغفر لي. وما عملت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب، فأسألك اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله مني ولا تقطع رجائي منك يا كريم وصلي الله علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه وسلم
DOA AKHIR TAHUN
Selawat dan Salam ke atas Penghulu dan junjungan kami Muhammad serta para keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah, segala laranganmu yang telah aku kerjakan di tahun ini dan aku tidak bertaubat darinya sedangkan engkau tidak menyukainya dan tidak melupainya. Dan Engkau Ya Allah tetap berlembut kepadaku dari mem4balas kesalahanku dan telah engkau menyeruku agar meminta ampun terhadap penderhakaanku, maka aku memohon ampun dariMu. Ampunkan aku Ya Allah. Ya Allah segala amal perbuatanku di tahun ini yang kamu sukainya dan kamu janjikan ianya dengan pahala maka aku pinta Ya Allah agar menerimanya dan jangan kamu putuskan harapan aku padamu Ya Tuhan yang maha pemurah.
دعاء أول تاهون (دباح سلفس مغرب هاري فرتام تاهون بارو )
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وصحبه وسلم. اللهم أنت الأبدي القديم الأول وعلي فضلك العظيم وجودك المعول ، وهذا عام جديد قد أقبل، أسألك العصمة فيه من الشيطان وأوليائه وجنوده . والعون علي هذه النفس الأمارة بالسوء . والاشتغال بما يقربني إليك زلفي يا ذا الجلال والإكرام، يا أرحم الراحمين وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وأصحابه وسلم.
DOA AWAL TAHUN
Selawat dan salam buat penghulu dan junjungan kami Muhammad, keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah tuhan yang kekal abadi, maha Qadim dan pertama, dengan kelebihanmu yang agung dan pemurahmu tempat meminta bantuan. Inilah tahun baru yang sudah menjelma. Aku pinta darimu di tahun ini pemeliharaan dari syaitan dan kuncunya, bantuan menghadapi nafsu pendorong ke arah kejahatan, dan bantulah aku untuk menyibukkan diri ini dalam usaha mendekatkan diri kepadamu Ya tuhan empunya kemuliaan, yang maha mengasihi
Untuk versi yang lebih terang sila kepautan