Kekadang jika berada pada industri kejuruteraan elektrik benda - benda yang tidak sepatutnya dilakukan akan dibuat oleh individu - individu yang mahir dan berpengetahuan tentang peralatan yang patut diguna atau tidak patut diguna. satu contoh yang peralatan tangan yang sering disalah guna adalah Test Pen di jadikan screw driver atau pemutar skru.
Bukanya tidak boleh tetapi dari pengalaman saya meraka akan cuba melongarkan skru yang berada di mcb dengan mengunakan test pen perkara seperti ini patut dielakan kerana ia akan merosakan bunga skru tersebut dan pada masa yang sama anda tidak akan dapat mengetatkan skru pada tahap yang paling maksima. Dan ini boleh menyebabkan contact dan wire tidak terikat dengan sempurna dan boleh menyebabkan berlaku kepanasan terhadap contact dan wire yang boleh mendatangkan kerosakan pada papan agihan kuasa.
Bukan untuk tidak membenarkan test pen dijadikan screw driver tetapi ikutlah kesesuai benda kerja yang hendak dilakukan supaya ia tidak merosakan benda kerja dan seterusnya dapat memelihara Test Pen ini pada jangka hayatnya yang sebenar.
PVC Connector salah satu aksesori elektrik yang sesuai untuk dikahwinkan dengan test pen ini, tetapi jika saiz connector tersebut melangkaui 20amp maka Test pen juga tidak sesuai digunakan disebabkan saiz skru yang telah menjadi lebih besar mengikut kesesuai kabel yang hendak disambung.
P/S:
Bengang betulah aku dengan kualiti test pen sekarang ini baru jatuh dari poket dah terbarai isi dia.
Err Mr.Philips please do something about this, it's annoying to buy a new one frequently.