Sudah berberapa minggu takde apa cerita diruangan ini disebabkan tumpuan di onlajer.com. dengan ini mood untuk menulis di blogspot agak merundum rata - rata pelawat yang hadir kebanyakan dari search engine. Sama sekali tidak menyalahkan rakan - rakan blogger pastinya mereka akan hadir jika ada update terbaru, atau ada entry yang berguna untuk dibuat rujukan.
Semalam selepas berbincang dengan blogger - blogger terhebat saya telah membuat keputusan untuk berpindah. ya berpindah dari blogspot.com ke onlajer.net. Rasanya banyak sangat aku menghadam cerita karut dari en john supaya beralih la ke hosting dan domain sendiri. Tak kira lah anda ingin mengunakan flatform blogger atau wordpress cuma sebaiknya guna domain dan hosting sendiri.
Disini saya beruntung kerana admin oneblogsocial sudi membantu saya berpindah. dalam masa tak sampai satu hari sudah menjadi onlajer.net. I say lupa nak print screen alexa onlajer blogspot la sebagai tanda kenang - kenangan.
Saya berharap dengan perindahan ini akan dapat lagi semangat untuk saya merapu dan meraban.
Untuk hosting Rajawali terima kasih kerana telah menjadi syarikat yang menguruskan pertukaran ini.