BL1M

BL1M  skim yang dipelopori oleh pemuda BN dimana sesiapa yang cukup umur,sihat tubuh badan dan tidak mempunyai lesen motosikal adalah sangat digalakan memohon. Skim ini adalah satu produk yang relevan bagi anak - anak muda yang meninginkan lesen memandu yang sah. Dengan statik 200,000 penunggang motorsikal tidak mempunyai lesen dan  70 peratus kes kemalangan pula melibatkan motorsikal. Di harap skim BL1M ini juga dapat memupuk kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina budaya serta etika pemanduan berhemah.

cedok gambar FB kawan gua hehe

FAKTA BL1M
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

Dengan purata  harga lesen B2 sebanyak  RM380 jika melalui skim ini anda semua berpeluang menikmati kadar diskaun sehingga 50 peratus daripada Haraga Asal. Wow macam tahun aku ambil lesen je tak sampai Rm200.

Di bawah ini saya sertakan syarat - syartat program ini!

1.
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2.
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3.
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4.
Sihat tubuh badan
5.
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6.
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7.
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepadainfo@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10.
Tiada cara pintas







Jadi apa lagi Silalah beramai  - ramai Memohon Bantuan Lesen 1 Malaysia anda DiSini








{ 8 comments.. read them below or add one }

onlajer onlajer 7 February 2013 at 11:35
Gua ingat semua kelas lesen boleh memohon rupanya B2 saja takde can la gua nak pakai E penuh hehe
nurmisnan nurmisnan 7 February 2013 at 14:24
Adehhh.. bukan semua yang dapat..
tehr tehr 7 February 2013 at 16:41
elok la untuk penunggang motor
tak perlu kepada lesen pelbagai
onlajer onlajer 7 February 2013 at 16:48
dah ada nak buat apa lagi hehe
onlajer onlajer 7 February 2013 at 16:48
tak perlulah mengunakan lesen agong tak gitu tehr haha
Unknown Unknown 8 February 2013 at 15:24
Ni la masa nak ambik lesen.....jgn la merempit tanpa lesen lagi bah...
admin admin 9 February 2013 at 04:56
peluang sebegini memang tidak patut di sia-siakan..
AnonymousAnonymous 13 February 2013 at 20:58
kalau lahir batch 96 kan umur ada 16 dan 17(kalu cukup umur mengikut bulan) macam mana kalu yang tak cukup bulan lagi untuk mencecah 17 tahun boleh mendaftar atau tidak???