KEPERLUAN KESELAMATAN

KEPERLUAN KESELAMATAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN KEDIAMAN

Keperluan Keselamatan

Keperluan keselamatan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan apa-apa kemalangan sama ada yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal, kehilangan nyawa atau harta benda. Kegagalan mengikuti peraturan-peraturan keselamatan boleh menyebabkan pekerja, pengguna atau orang awam terkena renjatan elektrik. Disamping itu, amalan langkah-langkah keselamatan ini juga dapat memupuk pekerja atau pengguna elektrik yang berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan.
Langkah Keselamatan
Keperluan-keperluan keselamatan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa semasa menjalankan apa-apa jua kerja elektrik di dalam bangunan kediaman.
i. Keselamatan Diri Sendiri.
a. Mempunyai peralatan-peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti kasut
keselamatan, sarung tangan, topi keselamatan atau lain-lain yang perlu apabila
berada di tempat kerja.
b. Memakai pakaian keselamatan yang sesuai mengikut kerja yang akan dilakukan.
c. Tidak memakai barang kemas atau perhiasan seperti cincin, jam tangan, rantai dan
sebagainya semasa menjalankan kerja-kerja elektrik.

Keselamatan Di Tempat Kerja.
a. Mempunyai pengetahuan mengenai bahaya-bahaya kerja-kerja elektrik yang akan
dilakukan dan bagaimana mengawal bahayabahaya tersebut.
b. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah
ditetapkan.
c. Memastikan bekalan elektrik dilitar-buka (switch off) sebelum kerjakerja dijalankan
(jika berkenaan).
d. Mempunyai pengetahuan serta mengamalkan sikap berhati-hati dan tenang semasa
bekerja, kebersihan ditempat dan persekiran kerja, tidak merokok dan sentiasa
mengamalkan koordinasi keselamatan dengan rakan kerja.
e. Semasa bekerja di tempat tinggi, pekerja hendaklah menggunakan kelengkapan
sokongan yang bersesuaian seperti tangga kayu atau aluminium, perancah besi atau
platform kerja, tali pinggang keselamatan atau lain-lain perlatan yang perlu bagi
memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dalam keadaan selamat.
f. Menggunakan kelengkapan elektrik yang dalam keadaan sempurna dan selamat
untuk digunakan dan bekalan elektrik kepada kelengkapan ini hendaklah melalui alat
perlindungan pemutus arus baki (RCD) yang berkepekaan 30 mA.
g. Pastikan kabel elektrik bekalan sementara yang terdedah ditempat kerja dilindungi
oleh pelindung mekanikal.
h. Sekiranya terdapat bahan-bahan mudah terbakar atau terkakis, langkah-langkah
keselamatan perlu diambil berpandukan kepada peraturan keselamatan yang
berkaitan.




Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.



{ 8 comments.. read them below or add one }

onlajer onlajer 11 March 2013 at 15:32
memang untuk di share hehe
nurmisnan nurmisnan 11 March 2013 at 15:53
selalunya kalau upah dikampung2 utk pendawaian
ramai yang ambil kerja mudah. susunan tak kemas
+ bila ada berlaku kejutan di switch bila nak off..
lagi2 bab nak kurangkan no kipas sealing

kat Brunei guna kad macam topup phone jer.. selamat dan senang
onlajer onlajer 11 March 2013 at 16:53
Biasa la untung yang no.1 hehe
tehr tehr 12 March 2013 at 00:48
betul tu
keselamatan jangka pendek dan jangka panjang sama pentingnya
semua mesti diutamakan
irsah irsah 12 March 2013 at 00:53
Perkara sebegini memang selalu diperingatkan kerana kita ni manusaia yang mdudah pelupa kan bro. Nice info...

Off topic.. label bro "Nota Pendawai Elektrik Fasa Tungal" di mana tungal kalau x silap ada dua "g" kan bro?? Ataupun itu adalah penggunaan ejaan elektrikal. hmmm IMHO
onlajer onlajer 12 March 2013 at 08:38
tiada kompromi dalam isu keselamatan
onlajer onlajer 12 March 2013 at 08:39
ha,ha gua baru perasan rupanya, Thanks der