3 Tips Buat Duit Dengan Homestay


Homestay merupakan satu cabang bisnes dalam bidang hartanah yang kian popular terutama di kawasan pelancongan. Namun di sebalik nama homestay ini, penduduk di Malaysia seakan sudah tersilap menggunakan istilah ini. Konsep homestay sebenarnya adalah pengunjung akan menginap bersama dengan pemilik dalam sebuah rumah. Apa yang mereka lakukan, pengunjung akan turut serta melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka. Konsep homestay yang digunapakai di negara kita lebih berkonsepkan Guest House. Tetapi tidak mengapalah, penggunaan nama homestay sudah dianggap sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Apa yang paling penting, bagaimana kita mahu menggandakan wang dengan rumah homestay.

#1 Barangan Asas
Sebagai pemilik homestay, kita perlulah menyediakan sekurangnya-kurang barangan asas dalam kediaman. Barangan asas ini antaranya seperti katil, tilam, sofa, meja makan dan televisyen. Ya, pada peringkat awal kita terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar bagi menampung segala keperluan. Bagaimanapun, menyediakan keperluan asas sudah memadai bagi perancangan buat kali pertama. Barangan asas ini tidak semestinya perlu menggunakan kelengkapan yang baru. Kita boleh membuat kajian tempat-tempat yang menawarkan perabot second hand yang masih berkualiti di internet.

#2 Tarikan Homestay
Jika kita berada di tempat bakal penyewa homestay, apakah perkara yang boleh menjadi tarikan bagi kita? Sudah tentu, keperluan tambahan yang jarang pihak homestay sediakan.

#a Kolam Renang : Jika mempunyai sedikit keluasan rumah, kita boleh menyediakan ruang kolam renang kanak-kanak kepada pengunjung. Kolam kanak-kanak menggunakan kolam angin sudah memadai dan boleh menjadi tarikan.

#b Penghawa dingin : Bagi memastikan keselesaan maksimum, pemilik homestay boleh menyediakan penghawa dingin di setiap bilik. Untuk permulaan, boleh letakkan penghawa dingin di bilik utama. Jika mempunyai bajet yang besar, boleh memasang penghawa dingin yang mempunyai kuasa inverter. Ini bagi menjimatkan tenaga elektrik. Mungkin ada segelintir penyewa tidak akan mematikan penghawa dingin lebih dari 24 jam. Satu risiko yang perlu kita hadapi.

#c  Ruang BBQ : Sediakan ruang BBQ dan arang sudah cukup menjadikan homestay kita menjadi yang sangat menarik. BBQ sering diadakan bagi pengunjung yang ramai.

#d Pemandu Pelancong : Mungkin ada sesetengah pengunjung tidak tahu tentang keadaan persekitaran kawasan berkenaan. Jadi, tidak salah jika kita menawarkan pakej pemandu pelancong bagi melancarkan lagi percutian mereka. Tidak perlu menyediakan van, cukup menggunakan kereta dan guide mereka ke kawasan-kawasan tumpuan pelancong.

Ruang tamu yang selesa , menambah nilai pada

#3 Teknik Pemasaran
Apabila sudah memiliki homestay, tidak lengkap rasanya jika kita tidak menguasai teknik pemasaran. Hal ini sangat penting bagi memastikan homestay sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai. Antara teknik yang boleh diaplikasikan adalah mewujudkan laman Facebook dan Instagram. Selain itu, kita boleh membuat tetapan nama homestay di aplikasi Waze. Ini bagi memudahkan bakal penyewa mencari lokasi homestay secara tepat. Tambahan lagi, nama homestay kita akan terpapar di lokasi berdasarkan hasil carian bakal penyewa.

Mahu maklumat lebih lanjut tentang bisnes homestay -  Dapatkan segera panduannya dari Sini SEKARANG!

1 comment... add one now