Bagi seorang graduan, menguruskan wang adalah satu perkara yang amat
sukar sebenarnya. Dengan gaji sekitar
RM2500 bagi pemegang ijazah, jika tidak
diuruskan dengan baik boleh dihabiskan dengan sia-sia sahaja. Persoalannya,
bagaimanakah dengan usia yang muda seorang graduan boleh memiliki sebuah rumah?
Dalam artikel ini akan dikongsikan tips membeli rumah dan bagaimana kita boleh
membayar ansuran rumah tanpa menggunakan duit gaji.
#1 Disiplin Dalam Menyimpan
Bagi mendapatkan simpanan tunai yang banyak, kita perlu membuat simpanan
semaksimum yang mungkin dalam tempoh kurang dari 1 tahun. Mungkin pada ketika
ini situasi anda belum berkahwin dan tidak mempunyai sebarang komitmen penting melainkan
menggunakan wang untuk tujuan peribadi. Lakukan simpanan sekurang-kurangnya
RM1000 sebulan. Kurang daripada satu tahun, simpanan boleh mencecah lebih
RM10000. Apa yang perlu kita lakukan? Teruskan menyimpan selagi mana tidak
mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.
#2 Cari Rumah Kos Rendah Flat/Apartment
Dengan berbekalkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM10000, lakukan
kajian terhadap kawasan rumah flat atau apartment yang mempunyai nilai yang
rendah. Jika ada rumah yang mempunyai nilai yang rendah, kita boleh membuat pembelian
dengan berbekalkan deposit sedia ada. Sebagai contoh, anda dapat membeli sebuah
rumah kos rendah serendah RM80000. Jadi, kos deposit rumah 10% daripada harga
nilai.
Maka, dengan nilai tersebut kita perlu membayar wang ansuran kepada
pihak bank sekitar RM500 sebulan. Bagaimanapun ia bergantung kepada kadar
peratusan dan tempoh pinjaman daripada pihak bank.
Persoalannya, bagaimanakah kita boleh tinggal di rumah tersebut tanpa
perlu mengeluarkan wang.
#3 Cari Housemate
Kebiasaannya rumah apartment ataupun flat, mempunyai 3 bilik. Kita
sewakan 2 bilik kepada umum. Sebagai pemilik terpulang sama ada mahu tinggal di
bilik ruang utama atau bilik yang lain. Setiap bilik boleh disewakan angggaran
RM280 mingikut kesesuaian tempat.
Jangan letakkan harga terlalu tinggi dan terlalu rendah. Bergantung
kepada kemudahan yang pemilik rumah sediakan seperti katil, almari, televisyen,
mesin basuh, peti sejuk, ruang dapur dan sebagainya.
Jika penyewa membayar sewa RM280 setiap bilik. Pemilik rumah akan
mendapat aliran tunai sekitar RM560. Lihat bagaimana transaksi berlaku. Tinggal
tanpa bayar, siap dapat untung lagi. Siapa yang beruntung dalam hal ini? Sudah
tentu pemilik rumah.
google image
Kesimpulan
Bagi mendapatkan aliran tunai yang lebih banyak, naikkan harga
bergantung kepada apa yang kita sediakan. Tetapi sebelum itu, kita kena
pastikan rumah yang dibeli tidak terlalu mahal daripada harga pasaran. Untung
badan, kita dapat rumah yang nilainya bawah daripada nilai pasaran.