Panduan untuk memindahkan barangan elektronik di Kuala Lumpur


Memindahkan barangan elektronik rumah anda kebiasaannya tidak menyeronokkan sama sekali. Bermula dari penyediaan pembungkusan hinggalah sekecil-kecil keputusan yang perlu anda fikirkan, ia sesuatu yang dapat mengundang tekanan. Walaubagaimanapun, maklumat yang tepat dan dengan bekerjasama dengan syarikat yang dipercayai dengan reputasi baik, perpindahan akan lebih menyenangkan dan kurang memberi tekanan.

Patutkah anda mendapatkan pakar perkhidmatan pindah atau memindahkan barang elektronik anda sendiri?

Sekiranya anda mempunyai bajet rendah untuk ini, maka berpindah sendiri ialah penyelasaian untuk anda. Secara amnya kami tidak mengesyorkan cara seperti ini kerana terdapat banyak perkara yang tidak dijangka semasa berpindah namun dengan memilih syarikat yang berpengalaman ia dapat menyelamatkan anda dari sebarang masalah.

Menjadi gaya masa kini kepada pemilik rumah berurusan dengan pemandu bebas bagi melakukan penghantaran mereka. Syarikat sebegini mungkin lebih murah berbanding kadar yang ditawarkan oleh khidmat pakar, namun mereka berkemungkinan besar tidak berpengalaman mengendalikan barangan anda dengan sempurna. Anda pasti tidak menginginkan TV, komputer atau peti sejuk mahal mengalami kerosakan semasa berpindah.

Dapatkan khidmat pindah profesional mempunyai pengalaman yang luas dalam memindahkan pelbagai barangan elektronik, pasti menjamin ketenangan anda.

Persediaan sebelum proses pemindahan
Sebelum berpindah, anda harus pastikan segala persediaan yang diperlukan untuk tujuan tersebut.



Pengumpulan, Pembungkusan dan Pengasingan
Anda pasti memerlukan alat pemindahan semasa berpindah. Bermula dengan mengumpul barang seperti kotak. Anda boleh membelinya online, ia lebih menjimatkan, dan anda tidak perlu mengusung dalam begitu banyak jumlahnya. Sekiranya anda mengupah perkhidmatan yang berbaloi untuk pemindahan anda, mereka akan menyediakan jenis kotak yang berkualiti dalam pelbagai saiz berbeza mengikut citarasa peribadi anda. Di samping itu, bahan pembungkusan seperti pembalut gelembung dan kertas pembungkusan pinggan mangkuk juga boleh di dapati dari mereka dengan harga yang rendah.

Jika anda merancang untuk menyusun barangan anda sendiri, maka anda perlu memastikan bahawa semua barangan mudah pecah dibungkus dan dilindungi dengan sempurna. Walaubagaimanapun, adalah disarankan anda untuk menggunakan khidmat syarikat pindah untuk tujuan menyusun barangan anda kerana mereka lebih berpengalaman dalam menentukan cara untuk melindungi perabot juga memastikan barangan anda tiba dengan selamat.

Menanda / Label Kotak
Adalah disyorkan agar anda membuat senarai dan melabel semua kotak dengan butiran seperti:
- Kepunyaan setiap bilik di rumah baru
- Arahan khas contohnya. 'Mudah Pecah' (untuk barang berikut, pastikan pembungkusan dibuat dengan beberapa lapisan pembalut gelembung. Penggunaan surat khabar sahaja adalah tidak sesuai)
Letakkan label tersebut pada sisi kotak supaya ia jelas kelihatan apabila disusun.

Secara keseluruhannya, rahsia utama agar perpindahan rumah anda lancar adalah dengan perancangan awal bagi memastikan kecekapan pada hari sebenar untuk berpindah, dan apabila anda membuka kemas kembali barangan anda.

Berurusan dengan perkhidmatan syarikat pemindahan

Lazimnya, anda harus mencari khidmat pindah barang yang memahami keperluan anda juga mempunyai reputasi yang baik. Anda boleh mendapatkan komen/ulasan melalui dalam talian internet, atau bertanya rakan dan keluarga anda pengalaman mereka menggunakan khidmat syarikat tertentu.

Sekiranya anda tidak pasti syarikat mana yang menawarkan pelbagai pilihan lori sewa di pasaran, cadangan kami adalah Senang Pindah.

Mereka sebuah syarikat yang sangat dikenali dalam sektor ini yang telah berkhidmat dengan pelbagai individu dan keluarga untuk pindah rumah dan syarikat korporat untuk pemindahan pejabat. Pelanggan mereka bukan sahaja untuk golongan yang pindah ke rumah baru dan syarikat awam, bahkan juga syarikat tempatan mahupun antarabangsa serta organisasi kerajaan. Di samping itu, mereka menggunakan armada pengangkutan lori yang diselenggara baik iaitu 1 tan, 3 tan dan 5 tan untuk perpindahan rumah, pejabat mahupun melupuskan barang elektronik anda.


Pasukan mereka juga mesra, mudah didekati dan bekerja dengan baik untuk mengendalikan sebarang pembongkaran/pemisahan, pelupusan, dan pembungkusan barangan anda.

Harga lori sewa yang berpatutan adalah salah satu komen paling umum di laman web Senang Pindah.

Anda boleh menghantar e-mel kepada hi@senangpindah.com untuk dapatkan sebut harga percuma hari ini.

0 comment... add one now