Buku Amalan 24Jam Rasulullah S.A.W

 Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.


Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda



Nak dapatkan buku Amalan 24Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W - Klik Sini

Antara salah satu review tentang buku "Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W"

Segala sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w perlulah dicontohi dan diikuti kerana setiap sunnah mempunyai kejayaan. Sesiapa yang mencontohi kehidupan Rasulullah s.a.w maka dia akan berjaya. Begitulah harapan penulis agar pembaca dapat ilmu dan pengetahuan tentang sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharian agar sunnah Rasulullah s.a.w sentiasa hidup dalam jiwa dan kehidupan ummatnya. Penulis juga menyelitkan serba sedikit kelebihan-keliban amalan sunnah Rasulullah s.a.w agar pembaca lebih bersemangat untuk mengikuti cara kehidupan Rasulullah s.a.w.

Bacalah buku ini agar lebih mengenali dan mendekati Rasulullah s.a.w dan menyemai rasa cinta kepada baginda, sebagaimana baginda mencintai ummatnya sehingga ke akhir hayatnya, baginda sentiasa memikirkan ummatnya. 


(Sumber reviews daripada nur amalina-ulatbuku.blogspot.com)




0 comment... add one now