|
Zhoucun Sesame Seed Cake |
Boss balik dari beijing ada ke patut dia beri kita orang buah tangan biskut bijan , apa dekat Malaysia takde ke ? itu ayat dari rakan -rakan sekerja. Ayat aku takde ke buah tangan ipad china boleh juga aku buat main angry bird heh. Satu je aku nak cerita kalau rasa nak makan, makan jangan pulak banyak cengkadak benda tu kan ada logo halal jadi apa yang korang banyak songeh . Dah tentu biskut tu buat daripada gandum sama bijan tak payah nak ragu-ragu tengok macam aku aku telan je sekeping cuma rasa dia tak sedap aku pulangkan balik sekeping pasal mula-mula aku dah tamak hehe.
|
Ada logo Halal tu nampak tak |
Kalau nak cerita bab halal ke tak halal ini kita bukannya orang yang boleh mengeluarkan fatwa halal dan haram cuma sekadar memberi pandangan yang berdasrkan kisah para sahabat yang pernah kita dengar sewaktu kuliah mingguan, dalam kalangan sahabat bertelagah tentang keju yang di hasilkan oleh yahudi atau nasrani halal ke tidak keju ini, permasalahan ini telah di ajukan kepada Nabi (SAW) dan nabi bertanya dari apakah keju ini di hasilkan? dan sahabat pun menjawab ia dari susu lembu. mendegar jawapan itu nabi mengambil keju itu lantas dimakan nya. Dan dengan berdasarkan kisah dan logo halal itu aku tidak ragu untuk menjamah makanan yang telah diberi oleh boss aku. cuma kesedapan nya tidak setanding biskut bijan yang berada dipasaran tempatan. Atau tekak aku sahaja yang mengada-ngada kerna menurut sumber biskut ini dihasilkan mengunakan tepung bijan dan bijan sepenuhnya.
Onlajer:
Kalau nak sedap makan lah Rendang