Assalamualaikum,
Hari minggu yang lepas ini aku telah memaksa diriku untuk menghadiri Pertandingan Mental Aritmetik dan Congak yang disertai oleh anak ku. Seronok juga aku melihat telatah bebudak ini walaupun tak menang aku yakin anak aku pasti telah membuat yang terbaik untuk petandingan ini. Kalau nak di ikutkan pun aku sendiri belum pasti dapat mengalahkan anak-anak yang berusia enam tahun ini, kagum juga melihat anak -anak ini menjawab soalan tolak campur yang bernilai ribu dalam bahasa inggris habis sahaja cikgu membacakan soalan dalam masa tak sampai berapa saat bebudak ini sudah dapat menjawab dengan tepat. Kalau aku masih lagi terkial-kial mengalih - alihkan biji sempoa.
Dan tahun ini jugalah tahun akhir anak aku belajar di tadika pintar bistari ini, dan pada pandangan aku memang berbaloi membayar walaupun yuran agak mahal sedit dicampur dengan kerja sekolah yang tak pernah tak ada dalam masa beberapa bulan sahaja anakku telah lancar membaca rumi dan jawi disamping pencapaian mata pelajaran matematik pun bertambah cermerlang. Walau pun cikgu - cikgu disana berpesan peningkatan anak-anak pun mesti ada dorongan ibu bapa tak guna hantar anak kesekolah yang yurannya mahal tapi tanpa bimbingan ibu bapa bebudak itu tak akan kemana.
Dekat bawah ini aku snap satu gambar masa pertandingan dan hero pertama aku duduk no dua dari kiri baris belakang , apa lah cikgu ini bagilah duduk depan baru ada peluang nak menang hehe.
Guna kamera handphone cap ayam
Dekat link ini ada gambar selain dari ini dan cerita yang berkait
Onlajer: Meluangkan masa untuk anak-anak