Program Logic Control (PLC) dalam jumjumatun aku telah mengarahkan digital output (DO) untuk mengenergized relay - relay kepunyaan 10 Blogger Terbaik Malaysia untuk disenaraikan di blogspot ini bagi tujuan penilaian SEO ohcikgu ini. Dengan mengunakan contact normaly open sebagai suis sesentuh pada relay PLC proses sycronized antara relay pertama hingga ke sepuluh akan menentukan kedudukan 10 blogger tebaik Malaysia.
Blogger Pertama (R1) Cik Tom
Sekali lagi distrubition board dalam kepala aku mengagihkan sumber ilham supaya ciktom adalah pilihan yang pertama, dengan bukti jika sesiapa sahaja yang menaip googleMalaysia dengan perkataan onlajer, pastinya tomatogurl akan muncul pada page pertama. Apa yang tebaiknya cik tom ini? Dengan merujuk starter forward reverse dalam kepala aku ini tidak perlulah aku mengulas lebih panjang lagi kerna ia telah di wartakan dalam 3 Blog Pilihan Terbaik dari itu tidak perlu lagi untuk di ulang alik entry ini.
Blogger Kedua ( R2) Akma Omar
Contact normaly closed aku tak dapat nak dibuka puas aku mencari dimana datangnya fault itu mungkin contact R2 ini dah melekat terus pada Akma Omar yang mendapat hattrik pada 2012 menyebabkan digital output ini telah mengindeksnya sebagai blogger terbaik untuk disenarai pada tahun ini.
Blogger ketiga (R3) Denaihati
Nampaknya sequence conector dalam program ini telah meletakan Tuan Haji di tangga ke tiga, adakah berpunca dari contest i phone yang banyak nak guna G. Apa - apa pun denaihati tetap dihati apa aku nak kata lagi.
Blogger Keempat (R4) Buasir Otak
Pengesan haba atau Thermostat dalam muka ini telah mengesan aku cuba tumpang popularati blog yang mengunakan avatar Patrik Star. Apa - apa pun sekadar menguji adakah jenama dari Team fools syndicate dapat mendapat hati 10 blogger Terbaik atau sekadar entry yang syok sendiri.
Blogger Kelima (R5) Tehr
Four to twenty five mili amp sapa yang tak kenal dengan cikgu ini ada pantun ada cerita budak sekolah ada kisah dan tauladan. Dan aku suka disana sikit-sikit tu tau lah apa trend jenama inverter bebudak sekolah yang perlu di ambil perhatian. Al maklumlah anak kawan pun dah masuk alam persekolahan.
Blogger Keenam (R6) Kongsi Bersama Nora
Dengan pengeluaran yang memerlukan mesin yang digerakan oleh motor elektrik, mungkin akan mengunakan sistem kawalan direct on line dan inverter untuk membina sebuah kilang mini proses membuat ubat - ubatan atau jamu, jadi dari memikirkan semua itu baik kita lepak dekat tempat nurmisnan dekat sana ada banyak tips - tips kesihatan.
Blogger Ketujuh (R7) En.Titan
Gua cuba restart balik gua punya starter panel mana tahu ada benda yang tak kena , ia lah macam mana boleh sangkut dekat relay no .7 ini. lu bukannya kenal sangat dengan En. Titan ini , baca blog dia pun bukan selalu tapi mungkin setting function aku dalam keadaan default itu mungkin buat dia jadi salah satu antara 10 blogger yang terbaik. dan jujurnya pada aku titan ini pandai memasang umpan . sambil tangan kanan menyedut cendol yang telah disediakan.
Blogger Kelapan (R8) Boni kacak
Nampaknya sistem kawalan aku dah lari dari kawalan. bila masa PLC ini kenal benda - benda hiburan kalau lampu pendaflour atau aircond yang memakai sistem kawalan inverter mungkin lah juga. pastinya lampu ini akan cepat -cepat menyala jika ada awek - awek cun seperti fatin liyana lalu dihadapan , dan aircond akan cepat - cepat berfungsi untuk menyejukan badan apabila producer datang membawa tawaran.
Blogger Kesembilan (R9) Shakiddo
semua sistem diatas tidak akan berfungsi jika takde yang boleh mengeluarkan modal belanja oleh itu blogger Tuan Hisyamudin Fadzil pemilik shakiddo banyak memberi tips - tips cara buat duit melalui nuffnang. dan jika berhasil mendapatkan dana dari sana bermakna anda boleh lah kita membeli sebuah skrin tv yang berukuran 84 inchi.
Blogger Kesepuluh (R10) OnLajer
Alamak apa ke hal dengan Main Control Unit (MCU) ini ada masalah ke kenapa dia boleh mengindeks onlajer pastinya ada something wrong ni , kena tukar relay omron yang terbaru ini, jika tidak pasti akan menghuru - hara kabel - kabel yang terjalin antara satu sama lain ini. Dan untuk tidak mengakibat kerosakan sistem terpaksalah aku guna kabel 630mm.sq dengan kapasiti 22kv supaya cepat sedikit meletup di muka pertama carian 10 Blogger Terbaik Malaysia.
Selesai sudah aku mengarut dalam entry ini memang aku akui semua blog ada kehebatan tersendiri cuma aku sengaja meletakan blog - blog yang agak biasa jugalah aku lewati, dan untuk yang tidak ada disini In Sha Allah aku akan buat lagi andai cerita 10 Blogger Terbaik Malaysia aku ini tidak tersenarai dalam hati en google ini.
Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.com, Nadot.my, Effortlab Cik Laili, Halim RDF, LadfeAmir, AmiRini,Myadyna, My Adam, Ranggi Lifestyle, Minda Emas Network, CikTOM, Miecyber’s Blog,Hamdan’s Blog, Kain Cotton Murah, booblogs.com, Cheese Maz, Kakimedia.MY,ContengConteng.com dan Blog Hati Putera