Bahaya Elektrik

Bahaya Renjatan Elektrik.
i. Renjatan Elektrik.
Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung atau sentuhan tak langsung.
a. Sentuhan Langsung:
Sentuhan langsung bermaksud pekerja atau pengguna mendapat renjatan elektrik dengan menyentuh konduktor atau kabel hidup secara langsung.
b. Sentuhan Tak Langsung:
Renjatan elektrik yang berlaku disebabkan sentuhan sesuatu yang bersambung dengan pepasangan elektrik tetapi bukan sentuhan secara langsung dengan kabel atau konduktor hidup, mungkin disebabkan oleh kerosakan peralatan atau penebat yang menyebabkan kebocoran arus.
Punca Berlaku Renjatan
a. Cara Kerja Atau Tindakan Tidak Selamat
• Membuat Kerja-Kerja Elektrik Tanpa Mengasingkan Bekalan.
Kerja-kerja senggaraan atau pengujian litar tanpa mengasingkan bekalan berkemungkinan besar boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik.
• Tidak Mematuhi Prosedur Kerja Selamat.
Setiap pekerja hendaklah sentiasa mematuhi prosedur kerja selamat yang telah ditetapkan oleh peraturan dan standard bagi mengelakkan daripada berlakunya renjatan elektrik.

b. Kecacatan Pada Sistem Elektrik
• Arus Bocor.
Arus bocor atau arus bocor ke bumi akan menyebabkan bingkai logam menjadi hidup dan bertenaga. Ini boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik kepada pekerja, pengguna atau orang awam jika terpegang atau bersentuh bingkai logam tersebut.
• Konduktor Terdedah Atau Kabel Terputus:
Konduktor yang terdedah atau kabel yang terputus dan hidup (bertenaga) akan menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh. Hendaklah dengan segera mematikan atau mengasingkan dari punca bekalan dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Pertolongan Cemas Dan Asas Pemulihan Pernafasan

i. Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ialah pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera bagi mengelak keadaan mangsa menjadi lebih serius sementara menanti kehadiran para-medik (ambulan) atau sebelum dibawa ke hospital.

ii. Pemulihan Penafasan
Pemulihan penafasan hendaklah dilakukan bagi membantu mangsa yang tersekat pernafasan akibat lemas, terkena renjatan elektrik dan sebagainya. Cara pemulihan pernafasan dilakukan dengan mengikut kaedah pemulihan pernafasan yang betul mengikut panduan pertolongan cemas yang dikeluarkan oleh badan-badan pertolongan cemas yang bertauliah.

iii. Kotak atau Peti Pertolongan Cemas
Kotak atau peti pertolongan cemas hendaklah disediakan oleh pemunya bangunan atau penguasa tapak binaan atau dibawa sendiri oleh pekerja dibawah penyeliaan orang yang bertanggungjawab.
Program Latihan
Majikan hendaklah melaksanakan program latihan secara berkala kepada pekerja-pekerja mengenai keselamatan semasa bekerja yang meliputi aspek-aspek berikut:
i. bahaya kerja-kerja elektrik yang akan dilakukan dan bagaimana mengawal bahaya-
bahaya tersebut.;
ii. peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah ditetapkan; dan
iii. prosedur pertolongan cemas.
Pencegahan Kebakaran
i. Alat Pemadam Api
Alat pemadam api yang sesuai dan berfungsi untuk mengawal kebakaran elektrik hendaklah disediakan pada setiap masa di premis kerja dijalankan.

Orang Kompeten
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki semua kerja elektrik dijalankan oleh atau di bawah seliaan langsung orang kompeten yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Disamping itu, kontraktor elektrik yang menjalankan kerja elektrik tersebut juga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Oleh itu pemunya pepasangan hendaklah memastikan kontraktor elektrik yang dilantik adalah

Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

{ 11 comments.. read them below or add one }

THE AUTHOR THE AUTHOR 16 March 2013 at 23:18
Saya dgr kalau kena letrik....untuk discas letakkan atas pallet kayu..btl ker.m
onlajer onlajer 18 March 2013 at 11:40
Tengok keadaannya, tapi harap pallet kayu itu tidak basah
Unknown Unknown 24 March 2016 at 02:30
Discharge bermaksud membuang arus pada keadaan tertentu. Jika seseorang terkena renjatan, kita menggunakan kayu atau bahan penebat lain untuk memutuskan hubungan mangsa dengan sebarang bahan pengalir. (jika mangsa terkena renjatan pada jari dan wayar-gunakan kayu untuk menarik wayar tersebut) pastikan juga kayu tidak basah. Discharge hanya dilakukan untuk membuang lebihan arus atau arus yang mengalir ke bumi/grounding dan bukan pada manusia. Manusia juga merupakan pengalir elektrik :)
Unknown Unknown 24 March 2016 at 02:32